.::Main Contents::.

...


  • Satu Gambaran Pemuda/I Mengikut Kacamata Al-Qur’an, As-Sunnah dan Sejarah

    Sebenarnya, kalau diperhati dengan teliti kita akan dapati bahawa pemuda/I merupakan asas yang utama dalam pembianaan setiap kerja. Nyatanya dalam Al-Qur’an sendiri menegaskan beberapa ayat yang khusus menyebut tentang pemuda anaranya :

    نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم و زناهم هدى

    Maksudnya : “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar. sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahai mereka dengan hidayah petunjuk.”

    Manakala hadith pula terlalu banyak menyebut tentang pemuda antaranya :

    حديث أبي هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه سلم لو كان الدين عند الثريا لذهب به رجل من فارسس أو قال من أبناء فارس حتى يتناوله

    Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya.”

    حديث عن عبد الرحمن بن عوف رضى الله عنه قال : بينا أنا واقف في صف يوم بدر نظرت عن يميني وشمالي فإذا أنا بين غلامين من الأنصار حديثة أسنانهما تميت لو كنت بين أضلع منهما فغمزني أحدهما فقال يا عم هل تعرف أبا جهل قال قلت نعم وما حاجتك إليه يا ابن أخي قال أخبرت أنه يسب رسول الله صلى الله عليه سلم والذي نفسي بيده لئن رأيته لما يفارق سوادي سواده حتى يموت الأعجل منا قال فتعجبت لذلك فغمزني اللآخر فقال مثلها قال فلم أنشب أن نظرت إلى أبي جهل يزول في الناس فقلت ألا تريان هذا صاحبكما الذى تسألان عنه قال فابتدراه فضرباه بسيفهما حتى قتلاه ثم انصرفا إلى رسول الله صلى الله عليه سلم فأخبراه فقال أيكما قتله فقال كل واحد منهما أنا قتلت فقال هل مسحتما سيفكما قال لا فنظر في السيفين فقال كلاكما قتله وقضى بسلبه لمعاذ بن عمرو بن الجموح والرجلان معاذ بن عمرو بن الجموح ومعاذ بن عفراء

    Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Abd. Rahman Auf katanya : Ketika aku berdiri di tngah-tengah barisan semasa Perang Badar aku menoleh ke kanan dan ke kiriku, tiba-tiba aku terpandang dua orang pemuda Ansar yang masih remaja. Aku benar-benar berhasrat untuk bersama dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka mengisyaratkan kepadaku dan bertanya kepadaku : Wahai pakcik! apakah pakcik kenal Abu Jahal? Aku menjawab “ Ya! Aku mengenalinya, kenapakah kamu menghajatinya wahai anak saudaraku? Lalu dia berkata : Aku pernah diberitahu bahawa Au Jahal pernah mencaci maki Rasulullah s.a.w. Demi zat yang jiwaku berada di dalam kekuasaanNya, sekiranya aku melihat Abu Jahal maka aku akan berlawan dengannya satu lawan satu sehingga terbukti siapa yang akan mati terlebih dahulu. AKu begitu kagum dengan tekad dan semangat anak muda tersebut. Kemudian pemuda yang seorang lagi pun berkata demikian juga kepadaku. Tidak berapa lama kemudian aku melihat ABu Jahal muncul dati kejauhan dan mundar-mandir di antara orang ramai. Aku katakan kepada dua orang pemuda itu : Bukankah sekarang kalian sudah melihat Abu Jahal. Itulah dia lawan yang kamu berdua tanyakan tadi. Lalu mereka mendekati Abu Jahal dan tanpa menunggu lebih lama lagi mereka menghunus pedang ke arah Abu jahal sehingga dia meninggal dunia pada waktu itu juga. Kemudian mereka berdua menemui Rasulullah s.a.w dan memberitahu kepada baginda. Rasulullah s.a.w lalu bertanya kepada mereka : Sebenarnya siapakan di antara kamu berdua yang telah membunuhnya? Mereka menjawab : Tidak! Selanjutnya Rasulullah s.a.w memeriksa pedang mereka. Setelah puas lalu baginda bersabda : Kamu berdua telah membunuhnya. Akhirnya Rasulullah s.a.w memutuskan bahawa harta orang yang terbunuh tersebut adalah untuk Mu’az bin Amru bin al-Jamuh. Dua orang pemuda tersebut bernama Mu’az bin al-Amru bin al-Jamuh dan Mu’az bin Afra’ ”

    حديث أبو هريرة رضى الله عنه : عن النبي الله صلى الله عليه سلم قال سبعة يظلهم الله في يوم الظل إلا ظله الإمام العادل وشاب نشاء بعبادة الله ورجل قلبه معلق في المسجد ورجلان تحبان في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل دكر الله خاليا ففاضت عيناه.

    Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Au Hurairah r.a katanya : Nabi s.a.w bersabda : Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi Allah di bawah naunganNya. Hari tersebut tidak ada naungan melainkan naunganNya. Golongan tersebut ialah Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya, seorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu melakukan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakkan kejahatan tetapi dia berkata : Aku takutkan kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanannya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalir air mata dari kedua matanya.

    Begitu juga kalau diperhati dari sudut sejarah pemuda memain peranan yang penting dalam membangun sesuatu bangsa dan agama mereka. Kekuatan sesuatu bangsa sebenarnya secara jelasia sepenuhnya bergantung kepada keupayaan golongan pemuda/I dalam sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh yang terdekat, gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia digerakkan sepenuhnya oleh golongan muda, sehngga tumbang kerajaan yang begitu kukuh hampir 30 tahun memerintah negara tersebut.

    Sebuah gerakan atau jemaah mempunyai sayap terkanan iaitu pemuda bagi membantu gerakan, jemaah atau pertubuhan tersebut deni berhadapan dengan ancaman dan serangan liar dari musuh.

    Pendeknya, golongan muda berada di barisan hadapan di mana sahaja keadaan bagi memperkukuhkan dan menguatkan sesuatu negara, pertubuhan atau Jemaah.

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

0 comments:

Leave a Reply

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam