.::Main Contents::.

...


  • Menteri terima memo bantah e-undi

    Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin membantah pelaksanaan e-undi dalam pilihanraya kampus tahun ini.

    Ia diserahkan kepada menteri berkenaan di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), selepas program Hari Raya Aidilfitri bersama Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan MPPK), semalam.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi BANTAH Mohd Aizat berkata memorandum itu mengandungi beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem e-undi.

    "Ini kerana tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti untuk melaksanakannya.

    "Penyerahan memorandum itu adalah salah satu usaha BANTAH dan rakan-rakan kesatuan mahasiswa yang lain, bagi mendesak dihapuskan sistem e-undi," katanya sambil menambah memorandum diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali.

    Menurut Mohd Aizat, pemimpin 18 persatuan mahasiswa diketuai beliau sendiri, turut bersama menyerahkan memorandum tersebut, antaranya Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M Nasional), Shafie Hashim.

    Dalam pertemuan itu juga BANTAH juga menuntut agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan kerana "mencengkam hak bersuara mahasiswa".

    Reaksi menteri

    Ditanya reaksi Mohamad Khaled selepas menerima memorandum tersebut, Mohd Aizat berkata menteri berkenaan berkata akan mengkaji semula sistem e-undi.

    Bagaimanapun Mohamad Khaled memberitahu mereka bahawa beliau tidak bersetuju Auku dimansuhkan kerana "ia akan menyebabkan kesemua universiti ditutup".

    Kelmarin, kumpulan pro-Mahasiswa di tiga universiti utama di Lembah Klang berura-ura memboikot pilihan raya kampus masing-masing sekiranya sistem e-undi dijalankan.

    BANTAH ditubuhkan atas dayausaha kumpulan siswa dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mempergiatkan lagi bantahan mereka.

    Selain UM dan UKM, Universiti Utara Malaysia (UUM) juga memperkenalkan pengundian secara e-undi.

    Kaedah e-undi mula diperkenalkan di UPM pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - juga dalam suasana penuh bantahan.

    Selain menerima bantahan bertubi-tubi daripada beberapa kumpulan pelajar sejak ia diperkenalkan, kumpulan pelajar UPM sendiri pernah memulaukan pilihan raya kampus mereka selama dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006.

    From: Malaysiakini.com

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

0 comments:

Leave a Reply

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam