.::Main Contents::.

...


  • Ma'ruf Club - Perjuangan Wajib Diperkemas


    Kira-kira jam 10.37 malam kelmarin (23/10), saya secara rasminya membubarkan keseluruhan jawatankuasa kerja utama Kelab Ma'ruf 2009, termasuk jawatan saya sebagai Presiden. Alhamdulillah, Annual General Meeting (AGM) yang dianjurkan malam tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan, khususnya jika dilihat dari konteks kehadiran ahli dan bakal ahli Kelab Ma'ruf UIA.

    Kesempatan untuk menyampaikan ucaptama pada malam tersebut tidak saya abaikan. Saya tegaskan kembali visi, misi dan objektif Kelab Ma'ruf di bawah kepimpinan saya yang boleh saya simpulkan kepada 2 perkara utama:-

    1] memperkukuh usaha dan daya upaya seoptima mungkin untuk menjayakan agenda amar ma'ruf nahi munkar, khusunya di bumi UIA sendiri.

    2] menjadikan Kelab Ma'ruf sebagai sebuah central entity yang mampu untuk merintis jalan ke arah pembentukan sebuah komuniti muslim yang lebih murni dan harmonis dengan cara meraikan persamaan dan mengkesampingkan perbedaan.

    Saya juga sempat bingkiskan kekesalan saya kerana sehingga ke saat akhir saya memegang tampuk pentadbiran dan pengurusan Kelab Ma'ruf, saya masih belum berupaya menjayakan agenda "mental-reform" yang pernah saya kemukakan di awal tempoh kepimpinan saya.

    Massa UIA sebahagiannya masih lagi berstigma negatif terhadap Kelab Ma'ruf. Pentadbiran pula masih lagi teragak-agak dan berhati-hati untuk berurusan (baca: menguruskan) Kelab Ma'ruf. Lebih malang, segelintir kecil pendokong Kelab Ma'ruf pula bersikap sinikal terhapa kemampuan Kelab Ma'ruf untuk terus maju.

    Jujurnya, saya sedikit pun tidak menyalahkan kelompok-kelompok yang saya nyatakan di atas kerana punyai persepsi dan pandangan yang sebegitu. Bahkan ia tidak sedikit pun melunturkan semangat dan motivasi saya untuk terus memacu Kelab Ma'ruf. Cuma saya tidak dapat nafikan perasaan kecewa saya terhadap pandangan-pandangan sinis terhadap kemampuan dan masa depan Kelab Ma'ruf.

    Apa-apa pun, tempoh pentadbiran saya telah tamat. Saya bersyukur dibekalkan oleh Allah dengan team yang sangat komited untuk melaksanakan agenda Kelab Ma'ruf. Huda, Nurul, Fakhrul Zaki, Ruqayyah, Ridhuan, Shahidat, Amin, Zaki, Munem, Sulia, Suffian, Rauf, Paji, Hilmi, Suraya dan kesemua individu yang telah meluncurkan sumbangan.

    Nasihat dan harapan saya kepada kepimpinan yang bakal meneruskan perjuangan, yakin dengan usaha yang kita lakukan. Kita tidak pernah ada sebarang hidden agenda. Bahkan tidak akan sekali-kali kita sembunyikan agenda yang kita galas. Agenda kita adalah Islam. Non others but ISLAM.

    Kepada semua individu yang telah bertungkus-lumus menjayakan AGM kelmarin, saya kalungkan setinggi-tinggi penghargaan. Setiap isi muhasabah yang telah kita peroleh kelmarin samada berbenuk kritikan, nasihat dan saranan wajib untuk kita cermati dan tekuni demi kelangsungan perjuangan di masa akan datang.

    Rashid Ganoushi, pemimpin gerakan Islam al-Nahdah, Tunisia pernah menyebut, bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

    Berani Berfikir

    M. Faridzul M. Nasaruddin
    Presiden
    Kelab Ma'ruf 08/09


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

0 comments:

Leave a Reply

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam