.::Main Contents::.

...
  • Ayuh Da'ie! Keluarlah Berdakwah.

    Alhamdulillah, pada 22 Mei dan 23 Mei 2009 yang lalu, Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dengan izin-Nya telah berjaya menganjurkan Seminar Du’at bertempat di Auditorium A, Kuliyyah of Engineering. Program yang melibatkan ahli-ahli Ma’ruf Club ini bermula hampir pada jam 9 malam walaupun pada asalnya dijadualkan bermula pada jam 8 malam atas masalah teknikal. Hal ini tidak sedikit pun mencalarkan semangat para peserta yang berkobar-kobar ingin menambah ilmu sebagai da’ei yang mantap, Insya Allah.

    Antara objektif Seminar Du’at ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta khususnya bahawa mereka semua merupakan da’ei, seterusnya menjadikan mereka mampu untuk berpencak dalam medan dakwah yang amat mencabar pada hari ini. Bukan itu sahaja, tugas sebagai da’ei ini memerlukan kemahiran dan cara yang betul untuk mendekati mad’u (orang yang diseru).

    Hal ini sangat penting kerana dakwah bukanlah sesuatu yang kecil dan mudah untuk dijalankan, tetapi ia memerlukan kesabaran dan kekuatan hati dan iman yang cekal. Menyingkap kembali sirah Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W., baginda pernah dicaci dan dihina sewaktu baginda menyeru kaum kafir Quraisy di Makkah, tetapi Baginda tidak pernah sekali pun berputus asa bahkan meneruskan dakwah baginda diiringi doa yang bermaksud, Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti.”

    Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, iaitu Saudara Mohd Haikal bin Mohd Ibrahim. Setelah majlis dibuka dengan Ummul Kitab, ceramah yang bertajuk ‘Peranan Da’ei’ disampaikan oleh Ustaz Redhauddin dengan gaya bersahaja dan penuh dengan humor. Hal ini membuatkan para peserta tidak henti-henti ketawa dan memberikan respon yang baik terhadap soalan yang dilontarkan oleh Ustaz Redha pada malam itu. Menurut Ustaz Redha, semua orang Islam merupakan dae’i dan bertanggungjawab untuk mengajak semua manusia di atas muka bumi ini untuk memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar.

    Tambah Ustaz Redha lagi, kita sebagai da’ei adalah sama dengan jurujual yang bertanggungjawab mempromosi barangan. Istimewanya para da’ei ini adalah kita mempunyai produk yang sangat bagus dan hebat untuk dipromosi iaitu produk Islam. Oleh sebab itu, setiap da’ei memerlukan cara yang betul dan berhikmah untuk mendekati mad’u mereka. Ceramah diselangi dengan tayangan video menjadikan sesi ceramah lebih hangat lagi. Sesi yang berakhir hampir pada jam 10.30 malam itu ditangguhkan dengan Surah Al-Asr dan tasbih kifarah.

    Keesokannya, pada 23 Mei 2009, Seminar Du’at diteruskan dengan tazkirah dari Ustaz Abdullah bin Hassan@Sakawi. Dalam tazkirah yang disampaikan, Ustaz telah memfokuskan ayat 108, Surah Yusuf yang bermaksud, “Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku bukanlah dari orang-orang yang musyrik.”

    Melalui ayat ini, para da’ei dapat mengambil pengajaran dan yakin dengan janji Allah bahawa setiap usaha dakwah yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran dari-Nya. Dakwah perlulah dijalankan dengan istiqamah dan yakin serta dilakukan dalam jemaah, bahkan tiada istilah ‘rehat’ dalam berdakwah. Dakwah juga tidak terhad kepada mengetuk pintu dari rumah ke rumah sahaja, bahkan ianya boleh divariasikan dengan pelbagai cara.

    Seterusnya, Seminar Du’at ini diteruskan dengan perbincangan dalam kumpulan yang mana para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diminta mengupas tajuk Bi’ah Solehah di UIAM Gombak’ disertai tiga elemen iaitu kayu ukur bi’ah solehah, teknik dan ‘skill’ serta elemen terakhir ialah bahan. Perbincangan dari kedua-dua kumpulan kemudiannya dibentangkan untuk diteliti dan dikaji oleh kesemua peserta.

    Pengarah Program iaitu Saudara Fathi bin Basri melontarkan komen terhadap hasil kerja kedua-dua kumpulan. Dalam komen beliau, beliau sempat mengulas sedikit sebanyak tentang operasi yang dijalankan oleh Biro Dakwah & Tarbiyah, Ma’ruf Club bagi mencegah budaya ‘coupling dan dating’ yang kini sangat menular di kalangan mahasiswa dan mahasisiwi UIA sendiri. Operasi yang dijalankan ini memerlukan komitmen dari semua ahli Ma’ruf Club sendiri untuk sama-sama menyumbangkan masa dan tenaga. Paling utama, ketika inilah para da’ei dapat mempraktikkan segala teori yang diperoleh untuk menjadi da’ei yang berhikmah.

    Seminar Du’at pada hari itu diakhiri dengan doa’ Rabitah dan penutup bacaan Pengarah Program sendiri, Saudara Fathi bin Basri serta Surah Al-Asr dan tasbih kifarah. Harapan dari semua penggerak Sekretariat Dakwah & Tarbiah,Ma'ruf Club semoga Seminar Dua’t yang diadakan pada semester pendek kali ini berjaya memberi pendedahan kepada semua da’ei di Universiti Islam Antarabangsa, khususnya tentang teknik dan cara yang betul untuk mendekati para mad’u mereka.

    Akhir kalam, kami di barisan Sekretariat Dakwah & Tarbiah, Ma’ruf Club mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program pada kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Harapan kami semoga Seminar Dua’t ini berjaya memberi pendedahan kepada da’ei khususnya di Universiti Islam Antarabangsa, tentang teknik dan cara yang betul untuk mendekati para mad’u.Wassalam.


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • BersamaMU edisi ke-4 Alhamdulillah,risalah BersamaMU edisi ke-4 telah terbit..sila klik pada gambar untuk membacanya.





    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Tazkirah : Tanda-tanda Kematian Orang Islam

    Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

    Firman Allah SWT;
    Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
    maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


    Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


    Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

    Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


    Tanda 100 hari sebelum hari mati.

    Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

    Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


    Tanda 40 hari sebelum hari mati

    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

    Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

    Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


    Tanda 7 hari

    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


    Tanda 3 hari

    Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

    Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


    Tanda 1 hari

    Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


    Tanda Akhir

    Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


    PENUTUP

    Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

    Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • TAZKIRAH : Antara Sabar & Mengeluh
    Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • TAZKIRAH : Peringatan dan Amaran Untuk Wanita
    1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

    2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

    3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

    4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

    5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

    6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

    7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

    8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

    9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

    10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

    11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

    12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

    13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

    14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

    15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

    16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

    17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

    18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.

    19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

    i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

    ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

    iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

    iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

    v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

    20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

    a. Orang yang gemuk tapi kurus
    b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
    c. Orang yang alim tapi jahil

    * Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
    * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
    * Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

    21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

    22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

    a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.
    b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
    c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
    d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
    e. Ingat kepada Allah s.w.t.
    f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
    g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
    h. Ingat kepada mati.

    23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

    a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
    b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
    c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkankeluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
    d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
    e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suamiingin masuk.
    f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
    g. Minta talak.
    h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
    i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
    j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
    k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukaioleh suaminya.

    24. Wajib bagi wanita :-

    a. Mengekalkan malu pada suaminya.
    b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
    c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
    d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
    e. Berdiri menyambut kedatangannya.
    f. Berdiri menghantar pemergiannya.
    g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
    h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
    i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
    j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
    k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
    l. Memuliakan keluarga suaminya.
    m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
    n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung padaredha atau tidaknya suami padanya.


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Lump Democracy

    In spite of the non-astonishing commitments pledged by the 6th Malaysian Prime Minister, YAB Dato’ Seri Najib Razak to take care of the whole citizens of Malaysia impartially and guarantee due rights and freedoms of a Malaysian, the recent development in Perak was extremely assailable. The undesirable chaos in Perak which came into picture since Dato’ Seri Ir. Nizar has been unlawfully terminated to be the Perak Menteri Besar, the situation has never improved.

    A day before the Perak Legislative Assembly was scheduled to take place, PAS vice-president, Tn. Hj. Mohamad Sabu has been arrested in a very unethical and unacceptable manner. He was arrested by 10 plainclothes policemen whom were believed had not identified themselves as policemen when arresting Tn Hj. Mohamad Sabu. He was brought to an unknown place and been detained without remand. Only about 20 hours after the arrest, he was known by his friends and families to be in Slim River. With God’s assistance, Magistrate did not grant remand against him.

    The Mohamad Sabu’s arrest was just 24 hours after the arrest of BERSIH’s spokesperson Wong Chin Huat. Wong was arrested and detained under Section 4 of Sedition Act – which is believed to be one of the unnecessary draconian acts in Malaysia. More terrifyingly, his 15 supporters who portrayed their supports for Wong were also arrested and detained.

    Then, on the 7th of May, many have been put behind bars when they were found around the Perak State Assembly’s compound just because of manifesting their undivided supports towards their leaders, democracy and the notion of constitutionalism. On the night of the same day, 5 advocates and solicitors were then arrested just because of tendering their legal service for culprits.

    These series of arrests and detentions which were of politically motivated were very contradictory with the slogan yelled by the Y.A.B PM i.e. “rakyat diutamakan”. A lot of his citizens have been made culprits and accused persons in just 3 days without committing any reasonable offences. Rights have been denied. Freedoms have been barricaded.

    Drama inside the Dewan was far more impressing. A Speaker was turned down unethically. Policemen gained their powers inside the Dewan. Manners of our elected leaders were embarrassing. Democracy was diminished. Separation of power was torn off.

    Today, Malaysia shall be witnessing how serious Malaysia is in complying the rule of law and other pillars of democracy. High Court of Malaya shall rule out his decision in the landmark case of Ir. Nizar vs. Dr. Zambry. The Court will decide whether or not the termination of Ir. Nizar was constitutional and whether or not the appointment of Dr. Zambry was valid.

    We ardently hope that democracy will be given its place again in this country. The concept and understanding of separation of power shall be reinstated. Perhaps, statements made by Laws LJ when deciding the case of R (on appeal of Marchiori) v. The Environment Agency is worth-noted:

    “Democracy itself requires that all public powers be lawfully conferred and exercised, and of this the courts are the surety. No matter how grave the policy issues involved, the courts will be alert to see that no use of power exceeds its proper constitutional bounds”.

    We are still hoping…

    Mohd Faridzul Nasaruddin
    President,
    Ma'ruf Club 08/09.



    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • BersamaMu Edisi ke-3 Salam Intelek,
    Alhamdulillah, risalah bersamaMu edisi ke-3 telah berjaya diterbitkan buat pertama kalinya pada short semester ini. Sila klik untuk membacanya. Nantikan kemunculan edisi ke-4 minggu hadapan,setiap hari Jumaat,Insyaallah.




    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Ma'ruf Club Sertai Serah Memorandum Bantah Keputusan Kabinet

    Putrajaya 1 Mei 03:24 p.m | Ma'ruf Club bersama persatuan-persatuan gerakan mahasiswa lain telah menyerahkan memorandum bantahan berikutan tindakan kabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa mereka berkahwin di sini semalam.

    Ma'ruf Club yang di wakili oleh Presiden,Saudara Mohd Faridzul ,Timbalan Presiden 2,Saudari Nurul Syuhada Shuib,Exco Perhubungan & Protokol,Saudara Mohd Hafrez Affiq dan tiga lagi ahli Ma'ruf Club turun untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

    Bersama-sama Ma'ruf Club ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (MPIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

    Terdahulu, pada 26 April lalu Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain berikutan kes Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.




    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam