.::Main Contents::.

...


  • PERSEDIAAN MAHASISWA MENDEPANI PERUBAHAN


    PERSEDIAAN MAHASISWA MENDEPANI PERUBAHAN

    Perubahan yang diutarakan di sini boleh membawa pelbagai maksud, mungkin sahaja bermaksud:
    a.         Perubahan ke alaf baru.
    ii.             Perubahan suasana dan budaya negara kepada arus kemodenan.
    iii.            Perubahan daripada kegawatan pelbagai kepada keharmonian.
    iv.           Mungkin juga bermaksud perubahan kepimpinan yang gagal.

    Begitu pun banyak pentakrifan kepada perubahan, apa yang ingin dibicarakan di sini adalah perubahan keseluruhan samada politik, ekonomi, sosial serta seluruh kegagalan kepimpinan untuk mencorakkan negara ke arah tujuan yang baik, aman, harmoni lagi adil.

    Dalam proses membuat suatu perubahan, begitu banyak persediaan perlu dimantapkan dalam diri mahasiswa. Mahasiswa tidak perlu menunggu sehingga lengkap segala persediaan untuk mengatur tindakan ke arah perubahan tetapi segala persediaan perlu diperkemas setiap saat manakala dalam pada masa yang sama tindakan mengiringi.  



    Bentuk persediaannya adalah seperti berikut:

    ‌أ.              Peningkatan Ilmu
    Ilmu mestilah menjadi asas kepada semangat juang para mahasiswa, tanpa ilmu semangat yang berkobar-kobar mungkin sahaja boleh dipadamkan dengan ugutan, ancaman, tawaran wang dan harta benda dan sebagainya. Prinsip pegangan mereka juga begitu mudah berubah mengikut peluang yang lebih menyenangkan. Ilmu bersama kejelasan matlamat Islam aakn menjadi tunjang terkuat dannsyarat asas kepada seluruh gerakan Dakwah Islamiyyah[1]

    Justeru dengan ilmu serta rasa tanggungjawab penuh terhadap agama, negara dan bangsa. Mahasiswa akan mampu mendepani dan mengharungi ranjau serta onak tanpa berundur. Jikalau pun berundur berundur mereka berundur penuh perancangan dan strategi.

    Sabda Baginda SAW:
      
    Mafhumnya:
    “Sesungguhnya kamu akan terus berada diatas kejelasan (kebenaran) hinggalah datang kepada kamu 2 kemabukan: Kemabukan Jahil dan mabuk cintakan dunia”

    Rasulullah SAW juga bersabda:

                 Mafhum :
    ‘Saling bernasihatlah dalam ilmu serta janganlah kamu tutup ilmu itu anatra satu sama lain, kerana khianat pada ilmu itu lebih besar dosanya daripada khianat pada harta’ (Riwayat Abu Nai’m)

    ‌ب.            Kematangan Pemikiran dan Pengalaman
    Kematangan dalam menentukan tindakan yang paling tepat lagi berkesan akan dapat menghasilkan keberkesanan gerakan mahasiswa dalam mempelopori sesuatu perubahan.

    Untuk itu, para pimpinan mahasiswa mestilah mempunyai pengetahun yang baik dalam mengamati dan mengadun pengalaman gerakan mahasiswa terdahulu. Satu analisis terhadap mana-mana kejayaan gerakan mahasiswa dahulu dalam membuat atau mendesak perubahan perlu diteliti dari aspek baik dan buruknya, ini penting supaya pimpinan baru tidak mengulangi kesilapan atau bermula kembali daripada A. Permulaan semula daripada titik awal akan menyebabkan berlakunya ‘try and error’ yang membuang masa. Hasilnya mereka bukan mendepani tetapi terkebelakang daripada sebarang perubahan yang diperlukan.

    Kepentingan pengamatan terhadap pengalaman terdahulu dimuatkan panduannya dalam Al-Quran sebagimana firman Allah :

    Mafhumnya:
    “ .. dan pada hari ini, kami kekalkan tubuh badan Fir‘aun sebagai tauladan kepada mereka yang selepas daripadanya”

    Mahasiswa perlu menjadi pemerhati yang celik, pengamat yang teliti, pembaca yang tertib, perancang yang berstrategi serta pendesak yang berkesan. Untuk mencapai tahap tersebut mahasiswa tidak boleh lari daripada memperbanyakkan dialog dan perbincangan dengan para ulama’, cendiakawan, para pimpinan negara, pemimpin parti-parti alternatif, pakar-pakar, ahli profesional dan  ahli masyarakat. Saya yakin dengan melaksanakan perbincangan tersebut pelbagai tahap pemikiran dapat difahami. Natijahnya dengan kefahaman itu mahasiswa akan mampu membuat keputusan yang berjejak di atas alam realiti berdasarkan pemikiran pelbagai lapisan masyarakat

    Pemikiran rakyat amat penting untuk dihayati dan difahami kerana merekalah mad’u, kerana itulah Rasullah SAW mengajar kita untuk bercakap berdasarkan tahap pemikiran sesuatu masyarakat yang mendengar ucapan kita.

    Selain itu, mahasiswa harus giat mencari dan mengejar ilmu-ilmu yang diperlukan untuk menghidupkan teori yang dipelajari , usaha dan kerja keras sangat mustahak dalam proses ini. Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya :

    Mafhum:
    “Kebijaksanaan itu adalah barang tercicir daripada orang mukmin, maka sekiranya kamu menjumpainya kamulah paling layak untuk mengambilnya”

    Ini membawa maksud Rasul mengajar kita mencari kebaikan di pelusuk alam, apabila diperolehi mesti ke atas kita mengambilnya demi untuk kebaikan dan kepentingan Islam.

    ‌ج.            Kesatuan Pemikiran dan Tindakan Gerakan
    Perpaduan antara beberapa pertubuhan mahasiswa perlu digemblengkan. Kefahaman yang jelas antara gerakan mahasiswa terutamanya yang  kumpulan mahasiswa Islam sangat penting dan merupakan antara pra-syarat kepada keberkesanan gerakan dakwah. Justeru kefahaman akan tuntutan Islam antara sesama sendiri perlulah diselesaikan terlebih dahulu kerana ia akan mampu menyelasaikan cabangan-cabangan masalah lain[2].


    [1] Dr. Muhd Said Ramadhan al-Buti, ‘Ala Toriq al-‘audati ila al-Islam, Mua’assah al-Risalah, hlm 19
    [2] Dr. Muhd Said Ramadhan al-Buti, ‘Ala Toriq al-‘audati ila al-Islam, Mua’assah al-Risalah, hlm 24

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

0 comments:

Leave a Reply

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam