.::Main Contents::.
...
-
‘Idul Adha : Hayati Tunjuk Ajar Allah tentang Pengorbanan
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar waliLlahil hamd..
Alhamdulillah, hari ini, kita masih dapat menyambut Hari Raya ‘Idul Adha dalam suasana aman dan tenteram di bumi sendiri. Dengan suasana di tempat lain yang tidak sebaik kita, hanya pujian pada Yang Esa selayaknya dipundakkan dan juga di atas pemberian nikmat Iman dan Islam yang masih kita kecapi hingga ke saat ini.
‘Idul Adha banyak menzahirkan erti sebenar pengorbanan sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Ramai manusia beranggapan mereka telah berkorban jiwa, masa, tenaga atau wang namun berapa ramaikah pula di antara mereka yang menepati ciri-ciri yang dianjurkan Islam? Sirah telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. ketika meninggalkan anak dan isteri di bumi Mekah yang tidah berpenghuni dan kering-kontang pada ketika itu sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam Surah Ibrahim, ayat 37 ;
“Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman-tanaman dekat dengan rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”
Dalam Kitab Sahih Muslim dan juga dilakarkan cerita sama dalam Kitab Qasasul Anbiya’ karangan Ibnu Kathir, diceritakan tentang kewala’an dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. pada perintah Allah S.W.T untuk membawa anak dan isteri baginda ke lembah tersebut. Seusai meletakkan mereka di bawah satu bayangan pokok di bawah cahaya terik matahari, Nabi Ibrahim A.S. berlalu pergi meninggalkan kedua-dua beranak tanpa meninggalkan apa-apa pesan yang seterusnya menjustifikasikan pertanyaan Siti Hajar kepada suaminya, “Wahai Nabi Allah, mengapakah kami ditinggalkan bersendirian di sini?” Nabi Ibrahim A.S. hanya mendiam dan langsung tidak menjawab soalan isterinya itu. Sehinggalah apabila Siti Hajar kemudiannya bertanya, “Adakah Allah S.W.T. yang memerintahkan dirimu untuk berbuat demikian? Lantas Nabi Ibrahim menjawabnya, “Ya”, lalu Siti Hajar menyambung “Jikalau begitu, kami yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan mengabaikan kami berdua di sini”. Lalu Nabi Ibrahim A.S. berlalu pergi meninggalkan mereka. Tanpa simpanan duit, tiada bekalan makanan, tiada tempat berteduh daripada hujan dan panas sebagaimana lazim yang dilakukan oleh seorang ayah kepada isteri dan seorang ayah kepada anak.
Nabi Ibrahim A.S. juga menunjukkan kepada kita bahawa kewala’an dan ketaatan pada suruhan Allah tidak mengenal identiti sebagaimana yang dilakarkan dalam kisah kepatuhan pada arahan penyembelihan Nabi Ismail A.S. Kedua-dua beranak ini juga memberikan contoh yang baik untuk diteladani oleh semua apabila berlakunya pertembungan antara hak Allah S.W.T. dan hak keluarga. Walaupun perasaan Nabi Ibrahim A.S. agak kesedihan kerana terpaksa menyembelih anaknya sendiri, namun disebabkan ia adalah perintah langsung daripada Allah S.W.T., maka Nabi Ibrahim A.S. hanya wala’ dan patuh pada arahan tersebut. Nabi Ismail A.S. pula, sebaik mengetahui bahawa ia adalah satu perintah, terus akur dan rela nyawa melayang kerana kepatuhan pada arahan tersebut.
Pengajaran yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim kepada kita ialah kewala’an dan ketaatan sepenuhnya pada arahan Allah S.W.T. tanpa banyak soal dan dalih. Sebaik sahaja mendapat seruan daripada Allah S.W.T., Nabi Ibrahim A.S. terus menyahutnya. Keakuran Siti Hajar pula, sebaik mengetahui ia adalah perintah Allah S.W.T juga contoh yang terbaik untuk diikuti terutamanya bagi golongan Hawa. Berada dalam medan ini, terkadang akan ada saat dan ketikanya ditinggalkan oleh seseorang lelaki, baik yang bernama suami, ayah, abang, adik dan sebagainya. Nabi Ismail A.S. pula membuktikan bahawa apabila berlakunya pertembungan hak manusia dengan hak Allah SW.T.,maka hak manusia itu terus diketepikan untuk hak Allah S.W.T itu dijunjung.
Ketiga-tiga beranak ini telah menggariskan satu bentuk pengorbanan yang menepati erti sebenar pengorbanan iaitu untuk menunjukkan bahawa berkorban ketika berada dalam keadaan kesusahan dan ketidaktentuan itu lebih besar nilainya berbanding berkorban ketika hanya berada dalam keadaan ‘senang’.
Sesungguhnya, ibadah korban yang diajar oleh Allah S.W.T. melalui sirah nabi-Nya adalah untuk menunjukkan sampel dan contoh kepada umat manusia tentang maksud pengorbanan. Untuk mengatakan bahawa agak mustahil untuk kita melakukan sesuatu perkara seperti amalan para Nabi dan Rasul ialah kejahilan dalam beragama kerana sirah itu dibuat, diajar, ditunjuk, dilakar dan direkodkan untuk dicontohi oleh sekalian umat.
Korban pula hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T.,bukan kerana harta dunia, pangkat kuasa atau wanita idaman.
Hikmah ibadah korban pula hanyasalah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Ka’ab Bin Ubai R.A. ketika berbicara dengan Umar Al-Khattab R.A. mengatakan bahawa taqwa diibaratkan seolah-olah apabila seseorang sedang melalui jalan yang berduri. Saat hati-hati dan waspada daripada tercucuk duri ketika melalui jalan tersebut itulah yang dinamakan taqwa.
Moga-moga di samping laungan takbir yang kita alunkan dan kegembiraan berjumpa dengan sanak saudara di kampung, kita tidak lupakan perkara yang paling penting dalam perayaan ini ialah bagaimana Allah S.W.T. telah menunjuk ajar kita melalui sirah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail 'alayhimassalam tentang nilai dan erti sebenar pengorbanan.
Firman-Nya dalam Surah Al-Hajj, ayat 37 ; “daging (haiwan korban) dan darahnya itu tidak sesekali akan sampai kepada Allah S.W.T.,tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah S.W.T. atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah berita kepada orang-orang yang berbuat baik”
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar waliLlahil hamd..
Oleh :
Muhammad Zaki Bin Sukery,
Presiden,
Ma'ruf Club UIAM,
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
-
Hikmah Berkorban~ SALAM AIDIL ADHA
Mengenang suasana wukuf di PADANG ARAFAH...berjujutan manusia penuh hina kerdil lemah mara membukti rasa kehambaan kepada ALLAH RABBUL JALIL... Hikmahnya mencerminkan suasana MAHSYAR kelak yang dijanjikan ALLAH. Maka janji ALLAH itu pasti benar, mengapa tidak kita mengambil pengajaran dengan baki umur yang sedikit ini?
Guruku abduhul HAQIR berkata:
Sambutan Aidil ADHA yang saban tahun disambut adalah terlebih utama berbanding AIDUL FITRI...
Hikmahnya yang ada bersabit kisah Sunnah Nabi Ibrahim as beserta anaknya Nabi Ismail as yang bersedia disembelih sebagai korban kerana ia perintah dari ALLAH swt. Kehambaan dengan tekad tanpa sedikitpun berbelah bahagi dengan penysriatan itu serta keikhlasan hati maka ..mata pisau tidak dapat menjamah sedikitpun kulit Nabi ISMAIL as ...Bahkan ALLAH menggantikan pula ia dengan KIBAS/Binatang sembelihan sebagai pertukaran. Begitulah kisah yang masyhur buat iktibar umat ISLAM bagi yang mahu mengambil iktibar.
CINTA dan SYUKUR adalah pengorbanan. Kekuatan seseorang yang mencintai kepada yang dicintai bergantung kepada sejauh mana kesanggupan berkorban untuk kekasihnya. Semakin tinggi cintanya, semakin besar pula kesanggupan korbannya...sehingga keluar pula kalam.."lautan api lagi ku redah", tanda besarnya cinta kepada yang dicintai...begitulah lumrah sang pencinta.. Maka dimanakah pula kedudukan cintanya kita kepada PENCIPTA CINTA ?
Sekelumit mana pulakah pengorbanan kita yang tinggal untukNYA?..masihkah ada cinta untuk YANG AGUNG selepas berkongsi segala cinta mu pada selain-NYA?- anak, isteri, duit, kerja, nafsu, sahabat, kerjaya.....masa senggangmu, keretamu, perempuan simpananmu, rokok-rokokmu, arak-arakmu..subjek-subjek akademikmu yang melupakan langsung engkau padaNYA...dan engkau bilanglah sendiri kepada apa lagi engkau kongsikan cintamu kepada PENCIPTA DIRIMU sendiri.
Guruku yang tercinta mengungkapkan :
Golongan sufi menisbahkan hikmah pensyariatan penyembelihan binatang Korban sebagai...
Guruku yang mulia juga berkata:
Menyembelih kebodohan diri yang menghijab (menghalang) dirimu dengan ALLAH swt. Bukanlah ALLAH itu jauh sedang ia ada pada dirimu..Kebodohan dirimulah yang menghijab dirimu dari memandang ALLAH ( Tajalli Sifat-sifatnya) di alam zahir ini. Allah tidak pernah terhijab- kerana kejadian yang berlaku pada alam ini sebenarnya adalah tanda kewujudanNYA dan adalah manifestasi dari CINTA ALLAH kepada Nabi Muhammad saw yang mulia. Apakah yang merasakan kamu jauh dengan ALLAH sedang ia sangat hampir, tidakkah dirimu merasakan kehampiranNYA? Kebodohan diri sahaja merasakan IA jauh.
Menyembelih kebodohan diri bermakna engkau mengembalikan semua setiap apa yang ada adalah dari sifat ar RAHMAN-NYA, tiada wujud diri mu melainkan hanya DIA. memulangkan segala sesuatu hanya kepada-NYA. Maka leburlah dirimu dalam pilihan ALLAH swt, Bersyukur engkau dengan setiap pemberian-NYA tidak sesekali mengeluh dan berkesah dengan masalah dunia yang semuanya dalam ta'luk QUDRAT dan IRADATNYA. Engkau merasakan IA ada dalam setiap gerak dan diammu...gerak dan diam ALAM ini, dan betapa engkau merasakan CINTANYA IA kepada dirimu....Dan semua ini hanya dapat kau lakukan dengan PARANG Syuhudiah yang ada pada guru-guru mursyid.
Disembelih kebodohan - kebodohan itu juga sebagai tanda membalas CINTA ALLAH swt , juga tanda bersyukurnya kita kepada-NYA.
Maka keseombongan yang bersarang dalam hati , yang digunakan dalam menyambut Aidiladha mencacatkan amalmu. Engkau belumlah lagi dikira BERKORBAN SEHINGGALAH engkau korbankan kesombonganmu yang hanya layak dipakai ALLAH swt.
Semoga PENGORBANAN kita semua diterima ALLAH swt, dan menatijahkan rasa kehambaan dan kecintaan kepadaNYA yang bertambah-tambah. Semoga tersembelihlah kesombongan kita semua dan merasa kewujudan kita dan alam ini tidak lain semuanya adalah DIA. Mekarlah hakikat alam ini dalam jiwa kita- semua yang di alam ini adalah milik-NYA dan dalam Qabdah-NYA(genggaman-NYA). Hanyasanya kita hamba berjalanlah dengan rendah diri kepada-NYA dan penuh taat dengan tersembelihnya KEBODOHAN DAN KESOMBONGAN DIRI
Sumber : http://jundiummah.blogspot.com
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
-
Our banner, 'No dating' territory in Mass Media
THE International Islamic University Malaysia (IIUM) has become the first “no dating place” in the country.
A banner has been put up at its Gombak campus to warn the students from dating in the university compound.
The banner reads: “IIUM is an Islamic territory. No dating. Allah is watching us.”
It is placed at a square near some shops and a bank.
A visitor to the campus came across the banner and took a photograph of it.
According to a IIUM undergraduate, the banner was not an initiative by the university authorities.
“It was put up by Maaruf Club in conjunction with the Campus Dakwah Project during Ramadhan,” he said.
The club’s aims, among others, are to encourage students to perform the good, avoid the bad and to monitor the students’ moral conduct.
This article posted by DailyChilli.com, one of the news media in Malaysia.
These are some of the comments from the visitor from that site:
-----------------------------------
Comments (40)
- Pisang Ngang 2009-11-01 13:49:22Wahh My Man,you can pass me e contact ka? I've oso heard from stories in other colleges and U,but only thru personal reco only get.
Of cos not in the college or U compound la, faham faham lo.
Pls notify....
- graceMIsspell 2009-11-01 01:54:26too bad...! can u really STOP them from doing what they want to do? How if they are of the same kind & in the same room?
- not the real issue! 2009-11-01 06:23:52oh.. cmon go back to quran and see what's the real issue, dating is not the issue, what's in ur heart and soul and practising sexual immorality is the real deal.Do you seriously think that banner will help? God knows everyone's heart. They dont have to put up the banner to make themselves look righteous.
- individualista 2009-11-01 07:15:49if one wants to be a GRO or even a pure and innnocent human, its all up to them and its all in their mindset...why must someone be busy body of what others is doing? its their freaking life and dating is put up to such a huge issue?? hhmm...i wonder is relligion is just a relligion or its made up to be a law which the society is forced to obey the rules..where gone our 21st century mindset and will we still want to be considered as 3rd world country still??
- individualista 2009-11-01 07:16:11if one wants to be a GRO or even a pure and innnocent human, its all up to them and its all in their mindset...why must someone be busy body of what others is doing? its their freaking life and dating is put up to such a huge issue?? hhmm...i wonder is relligion is just a relligion or its made up to be a law which the society is forced to obey the rules..where gone our 21st century mindset and will we still want to be considered as 3rd world country still??
- Shogun 2009-11-01 08:41:08This article should be displayed in Yahoo news, MSN, CNBC, BBC etc...
Malaysia Boleh!
- hmmm 2009-11-01 09:17:08it appears that stupid people with stupid comments are judging people with islamic knowledge....poor malaysia
- Geezzz 2009-11-01 09:33:02Once again Malaysia has made the headlines and once again for all the wrong reasons. To allow a club to put up the banners is in a way sanctioning what the club does as nothing gets done without the approval of the university's authorities.
Is there no other way to encourage young adults to be more wary of their moral conduct or behaviour for that matter? Must everything be rules, rules and more outdated rules of "No you can't do this and no, you can't do that?".
Give it a thought ladies and gentlemen. Where are we heading today?
- Geezzz 2009-11-01 09:36:20By the way "Hmmm", no name calling please. To call another person names or to label them as stupid means you are obviously out of constructive ideas to put across to our learned readers here. That is the lowest point you can sink in a barrel.
We are all here to agree to disagree with one another. This is place for one to express our views and not to belittle another. Belittling another person just shows your level of intelligence - Which I do not think that you are stupid or maybe I am wrong - are you?
- Cleopatra 2009-11-01 11:07:06This itself shows that the university rule is not effective.. Stop wasting time by doing this and go review the university rules and regulations. Enforce an effective rules to curb the social problems...
- reader 2009-11-01 11:16:03lets be real people, first of all, who feel the banner intimidate them or at least feel uneasy with the banner existence?
Alhamdulillah, that mean you know that dating and coupling is wrong, but you still doing it cause its fun. you just need a leap to think through on how bad hell would be..
Allah state rules in Al-Quran, but there are so many who ignores them. what ever law that man kind made to curb this is somehow breakable.
as human, what we can do is put an effort, we can say it by giving advice, we can do it by putting those banner or we can just pray to Allah by heart, it is part of Iman that we have.
have u ever think that that very banner may inspire other, even a single human being because someone make an effort?
some people may rebel, and show more bad attitude around that very banner, human with akal, should use them wisely, before its been taken, cause its not them to keep, it is Allah property.
we are all His.and we will return to Him.
- GUEST 2009-11-01 11:24:01salam...guysss... at least they do something.. how about u? that is the least that they can do..whether all these people want to stop their activities, it is all up to them.. that's one form of the dakwah, right? even our prophet encountered the same probs.. those people who dont want to listen to His dakwah... but at the end people realized who is right n wrong...so, thanked to them who put this banner... =)
no hard feeling ok!
- Guest 2009-11-01 12:31:05No dating?
Who are they to decide something is wrong and right?This is ridiculous..no wonder until now Malaysia never progress to anywhere.We should not be call as developing country. Malaysia had already gone back to ice age..worst than 3rd world countries.
Next came up would be no sitting together between males and females because it encourage sexual desires?
- Broca 2009-11-01 12:42:36Yea...I must agree with the club. They want to save our girls, young and innocent, from irresponsible guys out there who take advance on so called 'prove your love with sex'?
I think this must me national agenda as well. Let's community be aware that 'sexual act without legal agreement (marriage)' is a harassment and considered as criminal. Each sexual act should be based not only love, but also some legal basis and fully responsible as to protect our girls, especially young generations who know nothing but 'wanna try' attitude!
- andy pettitte rocks 2009-11-01 13:25:05those who free sex the most are the muslims. FACT. FACE IT. end of.
- Be factual not sensual 2009-11-01 14:06:03Hahaha....That's why the banner only in the Islamic U...???
- U all Loser 2009-11-01 15:21:21salam.
people. talk with wisdom yeah.
fact is.
in one day...100 000 people are dying...and 30% of them are muslims..face it! others are non muslims...do u really think that we are happy when 70% of the others dying in sins? but atleast we always alert one and another about dead and sins. to those who in ignorance..all u can think is dating is good?
Face it! non muslims breed more wed-locks..do u guys actually proud of it? while in love..u give everything..and when sumthng happend..u dump and leave everythng..u leave a girl with no husband. and a child with no father..
soo...do remembering one and another is bad thing? so then u said..muslims practice free sex..if it is true..than what this University did..is a good thing! THINK!
- Like Hello? 2009-11-02 02:08:41Omg how did you get your stats so distorted? Even better, where did you get those numbers from??!
I'm laughing sooo hard here hahahahahah! Gosh, someone's trying so hard to act and sound educated and informed.
- Td 2009-11-01 14:08:31I think that banner doesnt reflect the 'true' meaning of islam. Although the thought is good the approach isn't. I think putting such labels creates an unwanted impression of islam.
Overzealously banning without educating and awareness will bring more bad than good.
andy pettitte rocks, malay doesnt mean muslim ... on the contrary if one is a true muslim they will not do such a thing, please find time to understand the meaning of being a muslim.
- at least... 2009-11-01 15:04:21hey guys, do not simply judge...at least they have done something...what 've u done??if they dont want 2 hear our advice, it is their porblems. why simply judging others...its wrong wut they did??they did not encourage u to do wrong...because it name IIUM, people can make a judgement??camoon guys,isnt our country is an islmic country??others univ should promote this also...plz think..
- penang malaysia 2009-11-01 17:33:05kanea maka cibai why u all so stupid waste the money to print no use brain wan
ppl wan date or not date same la if someone no date no go out just simply kahwin end up siapa suffer stupid pig is even more clever then them
- Madam Lim 2009-11-01 21:02:46Kudos to the club....at least they save our girls from early exposure to HPV infection.....
Keep it up...
- ayat 2009-11-01 21:59:26as a muslim, i think it is ok apa? What's wrong with that? is just a banner and put in the Islamic institution (IIUM), not in the public like Masjid India.who's going to benefit from it, with pleasure. who r not, no problem at all. no hard feeling ok:)
- Uztaz 2009-11-01 22:31:26U all Loser,
70% non Muslim dying in sin!!,
WHO R U TO JUDGE??
U trying to tell the world that Muslims DON'T SIN??
ONLY THE ALMIGHTY CAN JUDGE N SAY WHO SINNED!! be they Muslim or Kafir.
U R NOT AT THAT LEVEL!!
- NH 2009-11-01 22:36:52this is one of d efforts of uia in attempts to curb the dating problem, AT LEAST in the campus.
like stated in the hadith; (sorry i cant find the english translation)
HADITS KETIGA PULUH EMPAT
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
[رواه مسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.
(Riwayat Muslim)
wallahualam
- jannad 2009-11-01 22:45:04i agree with NH. at least, they did something to instill awareness among the students and IIUM family as well. what about us???
supposedly when we look upon the bunting we should feel ashamed with ourselves not belittle of the effort. in my opinion,when ppl look at the bunting, the will feel ashamed to date inside the campus..or the least that they can do is to avoid dating near the bunting. and with the awareness instilled within themselves, hopefully they will spread the awareness to their relatives and families. this is one of the ways we can do dakwah.
- Peace 2009-11-02 01:06:25Haha! Muslims are "so good". Hope they are really listen to their religion and stop the crime from happening.. Please listen to your GOD and do what He wanted you to do please. Please don't let me heard headline saying that Mr.A lost his life after rob by Mr.MOHDablablabla.
+Peace+
ps-i dont mean non-muslim is good or bad. not trying to judge any-human.
- Like Hello? 2009-11-02 02:00:51Err, you guys do know the difference between dating and intercourse, right? Your postings tell me that obviously, you don't.
- Anonymous 2009-11-02 09:01:16Government should follow the initiatives by this Uni to put up Banners "No Rasuah"
- IIUM student 2009-11-02 16:29:54it just an advice...its quiet good initiative...congrat MC!!
and the most important is,the banner was approved by Student Devision of IIUM ( S-DEV)...
**ALLAH ask us to do Dakwah (Amar ma'ruf , nahi mungkar***
- Why do we care...? 2009-11-02 16:38:23it is just a banner in Islamic U..why do we care...?? yeah,it just kind of advice...so,rilex sudeh...its not an issue or controversy...
- Ganesan 2009-11-02 16:50:25nothing wrong with that,its in Islamic U ,...so,we must respect it..
1Malaysia,peace for all!
agreee... 2009-11-02 17:13:26yeah!!!! that is their places..
up to them what they want to do,
it is like home's rules.
why you opposes thier right??
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
-
-
Buat Mahasiswa Islam, Belajar Untuk Kritik Bajet 2010 Sebelum Kritik Cadangan EGM PAS
Oleh : Muhamad Syaari bin Ab. Rahman
"Inilah konsep kepimpinan yang diserlahkan juga oleh dari Nabi Allah Yusuf alaihissalam. Baginda tahu benar permasalahan yang bakal berlaku 7 tahun kedua selepas 7 tahun pertama kesenangan menimpa rakyat negara Mesir. Lantas keupayaan, idea “problem-solving” dan kepakaran pengurusan ekonomi yang ada pada baginda hasil anugerah Allah S.W.T, baginda menawarkan diri menjadi pemimpin ekonomi Mesir. Sejarawan menyatakan Nabi Yusuf menerima jawatan Menteri Kewangan Mesir pada usia 24 tahun !" (link)
Saya tidak pasti berapa kerat mahasiswa Islam yang berminat untuk mengambil tahu isu-isu sekitar pembentangan sulong "RM191.5 bilion Bajet 2010" oleh PM Najib Razak pada 23 Oktober lepas. Anda sendiri boleh melihat di blog-blog mahasiswa, berapa ramai yang menyinggung isu Bajet 2010.
Yang saya yakin, isu cadangan EGM PAS dari Mursyidul Am PAS - semacam "luka lama berdarah kembali" - akan lebih menjadi bualan hangat para aktivis gerakan Islam kampus berbanding isu Bajet 2010, sama ada di alam bloggers mahupun di kedai kopi.
Lebih mengecewakan lagi apabila ada yang ditanya apakah isu-isu penting sekitar Bajet 2010 - sama ada anda sokong atau anda bangkang isu itu, maka yang dijawabnya "maaf ustaz, tak sempat baca lagi...", atau lebih mengkagumkan lagi, "tak tahulah ustaz..mereka tu kerajaan sekular...peduli apa.."
Kekadang sedih mengenangkan bukan sekadar tahap kecaknaan isu-isu kenegaraan yang tidak diambil peduli oleh segelintir ahli gerakan mahasiswa Islam, lebih dari itu sistem pendidikan gerakan itu sendiri tidak menyediakan suasana yang rancak dan menghairahkan untuk ahli mahupun pimpinan membincangkan ataupun sekurang-kurangnya terdedah - sama ada dengan rela mahupun paksa demi perubahan paradigma - mengenai isu-isu semasa kenegaraan sepenting pembentangan Bajet 2010.
Yang pelik, bila ditanya, apa tujuan berada dalam gerakan mahasiswa Islam ini, maka dengan penuh keyakinan dan retorik, "untuk memperjuangkan wujudnya sebuah negara Islam di bumi ini". Namun apabila ditanya lagi, bagaimana sifat negara itu, apakah bentuk dan polisi kenegaraannya dalam konteks Malaysia, jika anda sebagai Perdana Menteri dari gerakan Islam, apa yang akan anda tawarkan pada rakyat Malaysia, maka semesta alam menyaksikan kebanyakannya akan membisu seribu bahasa.
Demikianlah saya menggambarkan seketika sindrom pemikiran 'simplistik' segelintir mahasiswa Islam. Ia hanya mendedahkan karakter sebenar mereka yang selama ini diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan gerakan Islam "government in waiting" pada masa akan datang. Malangnya, mentaliti "jaguh kampung" dan berjiwa kerdil, masih mengarati pendekatan kaderisasi sesetengah ahli gerakan Islam di kampus.
Lemahnya penguasaan maklumat mengenai pergerakan musuh adalah suatu ancaman kaderisasi tarbiyah yang semestinya diambil berat oleh kilang gerakan mahasiswa Islam. Izinkan saya memetik kata-kata terbaru Ustaz Hasrizal apabila beliau menyinggung masalah "komunikasi" yang memunca kepada berulangnya perselisihan pandangan secara terbuka antara dua jalur pemikiran dalam PAS :
"Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu...Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan." ("Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan")
Mungkin inilah juga yang dimaksudkan oleh saudara Faridzul Nasarudin mengenai agenda awalnya iaitu "mental reform" (klik point ucapan dasarnya sempena AGM MC baru-baru ini di sini) yang belum mampu beliau lakukan sepenuhnya sepanjang memandu Ma'ruf Club dan seluruh pendukungnya menuju reformasi membanteras "the captive mind" yang wujud pada mahasiswa di UIAM dan juga para pendukung MC itu sendiri.
Pada kesempatan ini, saya ingin menyarankan kepada seluruh pimpinan gerakan mahasiswa Islam supaya mengadakan diskusi Bajet 2010 kepada ahli-ahli. Jika ahli merasakan upaya minda mereka belum bersedia untuk terdedah kepada isu-isu kenegaraan ini, tidak mengapa, sekurang-kurangnya golongan pimpinan yang melakukannya, samada ada secara kecil-kecilan mahupun secara kelompok yang lebih besar.
Antara flow yang boleh saya sarankan :
1. Jemput penganalisis ekonomi - atau mereka yang mengkaji Bajet 2010 secara mikro - pada masa yang sama 'dekat' dengan dunia gerakan Islam untuk memberikan komentar atau ulasan sekitar Bajet 2010. Rakan saya seperti saudara Mior Isfandy antara figura bekas aktivis mahasiswa yang sangat sesuai untuk dihubungi kerana beliau pernah bergelumang dalam dunia pasukan ekonomis gerakan Islam ini. Sementalahan, beliau masih segar bugar mempunyai darah anak muda dan idealisme kemahasiswaan (the third voice).
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan "Bajet", apakah kepentingan dan kedudukannya dalam sesebuah kerajaan yang memerintah, apakah hubungkaitnya dengan para pemimpin masa depan gerakan Islam pada masa akan datang.
Pernyataan "end in mind" ini penting supaya peserta tidak mengantuk di awal perbincangan. Pastikan alat bahan bantu seperti LCD wajib disediakan dengan memaksimumkan otak kanan lebih dari angka-angka Bajet yang memeningkan.
Jika mampu, sifu yang dijemput mampu membaca Bajet 2010 dengan tersurat dan tersirat.
2. Sarankan ahli ataupun usrah melakukan 'assignment' masing-masing sebelum diskusi dimulakan.
Ahli disarankan melayari blog-blog atau membaca akhbar-akhbar alternatif yang memberikan komentar kritis kepada Bajet 2010, sama ada pro mahupun kontra kepada kerajaan. Ataupun bertemu dengan pensyarah-pensyarah masing-masing yang difikirkan boleh memberikan pandangan mengenai Bajet 2010.
Jika tidak boleh menyinggung semua bahagian dalam Bajet setebal 55 mukasurat itu, jangan tinggalkan semua. Sekurang-kurangnya isu yang bersangkut paut dunia anda sendiri iaitu sektor pelajaran dan pendidikan tinggi.
3. Kenalpasti dan rancakkan sesi Q & A dengan isu-isu panas sekitar Bajet 2010.
Tak perlu banyak bertanya kepada pembentang, tetapi berikan pandangan kritis yang tidak diberikan oleh pembentang.
Adalah malang jika mahasiswa melihat Bajet ini sama seperti rakyat awam yang terpukau dengan terma-terma 'populis' Najib, sedangkan mahasiswa seharusnya melontarkan beberapa persoalan "blind spots" di sebalik tabir Bajet 2010 seperti :
- Beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Kenapa ?
- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Tetapi belanja pembangunan mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008 ! Kenapa ?
- 43.5% pendapatan negara masih dari sumber minyak mentah (sumber asli) dan ini adalah pendekatan 'conservative economy'. Kenapa terus dengan pendekatan ini ?
- Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Kenapa jadi begini ?
- Ke manakah bajet perkhidmatan pengangkutan awam dalam Bajet 2010 sedangkan dalam bajet tahun lalu Pak Lah mengadakan satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 ?
- Kenapa kerajaan hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) berbeza sedikit berbanding harga pasaran sebenar sekitar RM40-50 ribu? Wujudkah hidden agenda ?
- Cukupkah peruntukan RM 6 bilion bagi sektor pertanian ketika catastrophy masalah pemakanan global sedang diramalkan pakar-pakar mikro ekonomi akan menjadi lebih 'menakutkan' pada masa akan datang ?
- Ketiadaan peruntukan kepada sektor pertahanan pasca Bagan Pinang. Inikah hadiah' undi tentera yang memenangkan BN ?
- Ancaman kapitalisme dan utilitarianisme ke atas menara gading di Malaysia ? Kerajaan membenarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjana hasil pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada kerajaan.
- Apa yang dimaksudkan ancaman ekonomi masa depan berbentuk "W-recovery", bukan "V-recovery" ?
- Kajian World Economic Forum menyatakan Malaysia lucut 3 anak tangga. Kenapa ?
- Kenapa setiap kali pembentangan Bajet oleh kerajaan BN, tidak ada paparan lebih awal kepada rakyat - khususnya dengan kemudahan internet - seperti yang dilihat di negara maju ?
Sudah pasti pelbagai persoalan dan kritikan boleh dibincangkan dan disinggung.
3. Meresolusikan akhir diskusi bahawa jika gerakan Islam memerintah Malaysia tidak lama lagi, apakah kerangka jelas Bajet "Negara Islam" - yang diharapkan berbeza dengan jelas dengan Bajet kerajaan BN-Umno - yang akan diumumkan dan dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, muslim dan non-Muslim. Siapa yang perlu menjadi pasukan ekonomis dan pasukan pemikir tersebut dari sekarang ?
Tidak perlu menjadikan diskusi ini seperti kuliah subjek ekonomi yang mungkin berpotensi untuk tidak 'manusiawi' dengan mahasiswa yang bukan jurusan ekonomi.
Apa yang saya maksudkan dari diskusi ini bukanlah mahasiswa menekuni angka-angka memeningkan kepala yang dibentangkan PM Najib, ataupun dipaksa memahami istilah-istilah ekonomi seperti KDNK, ekonomi 'makro', FDI, "bail-out", dan sebagainya yang mungkin memberatkan minda bagi sesetengah aktivis yang tidak biasa dengan diskusi berat.
Cukup mendapat gambaran bagaimana sebuah kerajaan yang menerima mandat rakyat, mengagih-agihkan kekayaan kepada rakyatnya secara adil, dan sejauhmana perancangan dilakukan bagi berhadapan dengan cabaran ekonomi negara di masa depan.
Sememangnya mudah untuk menyatakan "kerajaan BN-Umno adalah kerajaan yang sekular" dan kemudian full-stop. Namun, seharusnya kita tidak mensia-siakan kelebihan pasukan ekonomis, kompetensi dan pengalaman puluhan tahun mereka mentadbir negara yang diserlahkan dalam dokumen 55 mukasurat Bajet 1Malaysia tersebut.
Kajilah kekuatan musuh dan binalah persiapan untuk mengatasi kekuatan mereka.
PAS beruntung kerana pada saat ini mempunyai figura ekonomis seperti Dr Dzulkifli Ahmad manakala PR secara keseluruhannya mempunyai figura mantan Menteri Kewangan termuda dalam sejarah politik Malaysia, DSAI. Namun, mereka adalah pemimpin pada hari ini, soalnya siapa yang menjadi klon mereka pada masa akan datang ?
Masihkah gerakan Islam pada masa akan datang bertongkatkan seorang dua batang tubuh atau lebih baik kita mulakan membina pasukan kepimpinan muda berwibawa pada saat ini yang walaupun mereka bukan jurusan ekonomi sekalipun, namun sekurang-kurangnya mempunyai jiwa yang sensitif dengan isu-isu ekonomi negara.
Saya juga menyarankan anda membaca tulisan saudara Rausyanfikir yang turut sama menyinggung soal persiapan PAS dan kader-kader gerakan Islam dalam suasana "battle of ideas" pada saat ini. Lihat di sini .
Firman Allah : "Dia (Yusuf) berkata: Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit yang kamu makan. Kemudiansetelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (butir gandum) yang kamu simpan."
(Surah Yusuf: 47-48)
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
-
Ma'ruf Club - Perjuangan Wajib Diperkemas
Kira-kira jam 10.37 malam kelmarin (23/10), saya secara rasminya membubarkan keseluruhan jawatankuasa kerja utama Kelab Ma'ruf 2009, termasuk jawatan saya sebagai Presiden. Alhamdulillah, Annual General Meeting (AGM) yang dianjurkan malam tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan, khususnya jika dilihat dari konteks kehadiran ahli dan bakal ahli Kelab Ma'ruf UIA.
Kesempatan untuk menyampaikan ucaptama pada malam tersebut tidak saya abaikan. Saya tegaskan kembali visi, misi dan objektif Kelab Ma'ruf di bawah kepimpinan saya yang boleh saya simpulkan kepada 2 perkara utama:-
1] memperkukuh usaha dan daya upaya seoptima mungkin untuk menjayakan agenda amar ma'ruf nahi munkar, khusunya di bumi UIA sendiri.
2] menjadikan Kelab Ma'ruf sebagai sebuah central entity yang mampu untuk merintis jalan ke arah pembentukan sebuah komuniti muslim yang lebih murni dan harmonis dengan cara meraikan persamaan dan mengkesampingkan perbedaan.
Saya juga sempat bingkiskan kekesalan saya kerana sehingga ke saat akhir saya memegang tampuk pentadbiran dan pengurusan Kelab Ma'ruf, saya masih belum berupaya menjayakan agenda "mental-reform" yang pernah saya kemukakan di awal tempoh kepimpinan saya.
Massa UIA sebahagiannya masih lagi berstigma negatif terhadap Kelab Ma'ruf. Pentadbiran pula masih lagi teragak-agak dan berhati-hati untuk berurusan (baca: menguruskan) Kelab Ma'ruf. Lebih malang, segelintir kecil pendokong Kelab Ma'ruf pula bersikap sinikal terhapa kemampuan Kelab Ma'ruf untuk terus maju.
Jujurnya, saya sedikit pun tidak menyalahkan kelompok-kelompok yang saya nyatakan di atas kerana punyai persepsi dan pandangan yang sebegitu. Bahkan ia tidak sedikit pun melunturkan semangat dan motivasi saya untuk terus memacu Kelab Ma'ruf. Cuma saya tidak dapat nafikan perasaan kecewa saya terhadap pandangan-pandangan sinis terhadap kemampuan dan masa depan Kelab Ma'ruf.
Apa-apa pun, tempoh pentadbiran saya telah tamat. Saya bersyukur dibekalkan oleh Allah dengan team yang sangat komited untuk melaksanakan agenda Kelab Ma'ruf. Huda, Nurul, Fakhrul Zaki, Ruqayyah, Ridhuan, Shahidat, Amin, Zaki, Munem, Sulia, Suffian, Rauf, Paji, Hilmi, Suraya dan kesemua individu yang telah meluncurkan sumbangan.
Nasihat dan harapan saya kepada kepimpinan yang bakal meneruskan perjuangan, yakin dengan usaha yang kita lakukan. Kita tidak pernah ada sebarang hidden agenda. Bahkan tidak akan sekali-kali kita sembunyikan agenda yang kita galas. Agenda kita adalah Islam. Non others but ISLAM.
Kepada semua individu yang telah bertungkus-lumus menjayakan AGM kelmarin, saya kalungkan setinggi-tinggi penghargaan. Setiap isi muhasabah yang telah kita peroleh kelmarin samada berbenuk kritikan, nasihat dan saranan wajib untuk kita cermati dan tekuni demi kelangsungan perjuangan di masa akan datang.
Rashid Ganoushi, pemimpin gerakan Islam al-Nahdah, Tunisia pernah menyebut, bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.
Berani Berfikir
M. Faridzul M. Nasaruddin
Presiden
Kelab Ma'ruf 08/09
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
-
Sebat Kerana Arak; Adilkah?
Pada 22 Oktober 2009, UIAM Kuantan akan menganjurkan Wacana Ilmu bertajuk “Sebat Kerana Arak: Adilkah?”, yang membariskan panel seperti Ustaz Hj Nasarudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda Pas Pusat, Encik Mohd Najib Hussin, Peguam Syarie Pahang, dan jemputan istimewa daripada wakil Sister in Islam (SIS). Wacana Ilmu ini akan dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohamed Fauzi b. Abd. Rani, Dekan Kulliyyah Perubatan, UIAM Kuantan. Kami telah cuba sedaya upaya untuk menjemput Pengarah Eksekutif SIS tetapi pihak ini enggan untuk menjadi panel. Mereka datang sebagai pemerhati dan mendengar ulasan yang akan diberikan oleh panel-panel lain.
Program anjuran Kelab Profesional Huffaz (PROFAZ) UIAM ini dijangkakan mendapat sambutan hangat daripada warga UIAM dan juga warga Pahang keseluruhannya. Wacana ilmu ini amat sesuai denagn keperluan semasa apabila akhir-akhir ini ada golongan yang berani mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah terhadap hukum minum arak.
Pihak urusetia Wacana Ilmu “Sebat Kerana Arak: Adilkah?” amat mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan pelajar UIAM dari semua kampus untuk merungkai dan menjawab persoalan-persoalan dangkal yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan hendak menegakkan benang yang basah. Kehadiran anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
-
Pilihanraya Kecil Kampus UIA
Pilihanraya Kecil Kampus
Beberapa hari yang lepas, saya cuba mengikuti dari jauh perkembangan yang berlaku di kampus UIAM. Mungkin pelajar UIA sendiri sedar atau tidak, mereka sekarang sudah hampir di penghujung semester. Cuti bakal tiba, peperiksaan juga semakin dekat terasa. Takkala pelajar-pelajar lain sedang sibuk dengan presentation, quiz, assignment dan seumpamanya, di peringkat persatuan pelajar di kuliah pula sedang sibuk untuk menghadapi pemilihan kepimpinan baru di peringkat kuliah masing-masing.
PRK Vs PRU
Pilihanraya kecil ibarat memilih menteri besar di peringkat kuliah, manakala pilihanraya umum adalah untuk memilih menteri-menteri di peringkat universiti. Itulah politik kampus. Mahu ataupun tidak, mereka bakal mewakili kita. Biarpun pemilihan pelajar diperingkat kuliah atau fakulti ini tidak mendapat sambutan meluas seperti pemilihan untuk kerusi majlis perwakilan pelajar, namun di peringkat bawahan ini sebenarnya adalah manifestasi kepada pembawakan kuliah dan seterusnya di peringkat pemilihan majlis perwakilan pelajar.
Kehangatan PRK
Kehangatan pemilihan calon-calon baru yang bakal bertanding dalam kerusi kuliah makin terasa. PRO-M, PKPIM dan GPMS mula mencaturkan calon-calon mereka yang bakal bertanding di tempat yang strategik. Kerusi yang paling panas tentulah kerusi presiden dan kerusi-kerusi yang dirasakan penting bagi mereka. Borang-borang pencalonan mula diisi.
Masing-masing sibuk mencari-cari calon yang dirasakan sesuai untuk diwakili dan mewakili. Kumpulan yang menjadi tumpuan tentulah antara 3 kumpulan terbesar; PRO-M, PKPIM dan GPMS. Kuliah yang menjadi tumpuan pula kebiasaannya adalah Kuliah AIKOL (Persatuan Pelajar Undang-undang), EMSS (Persatuan Pelajar Ekonomi), ENGINIUS (Persatuan Pelajar Engineering) dan IRKHSS (Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian). Ini kerana, di kuliah @ fakulti ini, ia bakal menjadi proxy bagi 3 kumpulan tersebut.
Mesej SMS mula tersebar nama-nama calon yang perlu di undi untuk pemilihan nanti. Siapa paling ramai membawa undi mereka, maka, merekalah yang menang.
Kerusi IRK
Beberapa hari yang lepas, saya tertarik dengan pilihanraya kerusi di kuliah IRK. Kita dapat melihat kemeriahan gambar-gambar calon mula ditampal di sekitar bangunan kuliah. Nama-nama calon mula menjadi perhatian dan meniti dibibir-bibir rakan sekuliah. Adakah calon PRO-M bakal menang, ataupun PKPIM ataupun GPMS? Semuanya sudah terjawab. Kesemua calon-calon PRO-M menang dengan majoriti yang agak baik. Namun, jawatan bagi calon-calon masih lagi dalam perbincangan.
Kerusi Ekonomi
22hb pula adalah tarikh bagi pilihanraya kuliah Ekonomi. Selepas beberapa tahun kebelakangan ini calon PRO-M kalah bagi kerusi presiden, kali ini, PRO-M sekali lagi ingin bangkit untuk menawan semua kerusi paling panas tersebut. Apa yang menarik, beberapa calon sendirian sudah menarik diri di beberapa jawatan di saat-saat akhir. Mungkikah Kuliah Ekonomi bakal menjadi milik PRO-M ataupun sebaliknya. Kita tunggu dan lihat.
Kerusi Undang-undang
Kerusi yang paling panas dan kuliah yang paling hangat pertandingannya di UIA adalah kerusi kuliah Undang-undang. Ada orang beranggapan kuliah inilah medan sebenar PRO-M untuk mengukur pengaruhnya di UIA di kalangan massa di kuliah. Kerana pilihanraya bagi kerusi ini kebiasaannya bakal mempertaruhkan “nama-nama besar” di kalangan PRO-M, PKPIM dan GPMS. Pilihanraya kuliah ini menyusuri pelbagai onak dan duri untuk dipertandingkan, terutama kerusi presiden dan setiausaha. Ada yang sanggup memberi surat layang, berdebat,pengucapan awam antara calon-calon, grouping dan sebagainya. Ada juga yang di taja dikalangan sahabat-sahabat untuk bertanding. Apa yang pasti, ia bakal menguji ketahanan mahasiswa dan kematangan berpolitik masing-masing. Jika ada yang mudah terpedaya, mungkin mereka yang bakal kecundang terlebih dahulu.
نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم و زناهم هدى
Maksudnya : “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar. sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahai mereka dengan hidayah petunjuk.” - Surah Kahfi : 13
Sambungan di entry akan datang...
Sumber: www.helangsenja.blogspot.com
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
-
PERSEDIAAN MAHASISWA MENDEPANI PERUBAHAN
PERSEDIAAN MAHASISWA MENDEPANI PERUBAHAN
Perubahan yang diutarakan di sini boleh membawa pelbagai maksud, mungkin sahaja bermaksud:
a. Perubahan ke alaf baru.
ii. Perubahan suasana dan budaya negara kepada arus kemodenan.
iii. Perubahan daripada kegawatan pelbagai kepada keharmonian.
iv. Mungkin juga bermaksud perubahan kepimpinan yang gagal.
Begitu pun banyak pentakrifan kepada perubahan, apa yang ingin dibicarakan di sini adalah perubahan keseluruhan samada politik, ekonomi, sosial serta seluruh kegagalan kepimpinan untuk mencorakkan negara ke arah tujuan yang baik, aman, harmoni lagi adil.
Dalam proses membuat suatu perubahan, begitu banyak persediaan perlu dimantapkan dalam diri mahasiswa. Mahasiswa tidak perlu menunggu sehingga lengkap segala persediaan untuk mengatur tindakan ke arah perubahan tetapi segala persediaan perlu diperkemas setiap saat manakala dalam pada masa yang sama tindakan mengiringi.
Bentuk persediaannya adalah seperti berikut:
أ. Peningkatan Ilmu
Ilmu mestilah menjadi asas kepada semangat juang para mahasiswa, tanpa ilmu semangat yang berkobar-kobar mungkin sahaja boleh dipadamkan dengan ugutan, ancaman, tawaran wang dan harta benda dan sebagainya. Prinsip pegangan mereka juga begitu mudah berubah mengikut peluang yang lebih menyenangkan. Ilmu bersama kejelasan matlamat Islam aakn menjadi tunjang terkuat dannsyarat asas kepada seluruh gerakan Dakwah Islamiyyah[1].
Justeru dengan ilmu serta rasa tanggungjawab penuh terhadap agama, negara dan bangsa. Mahasiswa akan mampu mendepani dan mengharungi ranjau serta onak tanpa berundur. Jikalau pun berundur berundur mereka berundur penuh perancangan dan strategi.
Sabda Baginda SAW:
Mafhumnya:
“Sesungguhnya kamu akan terus berada diatas kejelasan (kebenaran) hinggalah datang kepada kamu 2 kemabukan: Kemabukan Jahil dan mabuk cintakan dunia”
Rasulullah SAW juga bersabda:
Mafhum :
‘Saling bernasihatlah dalam ilmu serta janganlah kamu tutup ilmu itu anatra satu sama lain, kerana khianat pada ilmu itu lebih besar dosanya daripada khianat pada harta’ (Riwayat Abu Nai’m)
ب. Kematangan Pemikiran dan Pengalaman
Kematangan dalam menentukan tindakan yang paling tepat lagi berkesan akan dapat menghasilkan keberkesanan gerakan mahasiswa dalam mempelopori sesuatu perubahan.
Untuk itu, para pimpinan mahasiswa mestilah mempunyai pengetahun yang baik dalam mengamati dan mengadun pengalaman gerakan mahasiswa terdahulu. Satu analisis terhadap mana-mana kejayaan gerakan mahasiswa dahulu dalam membuat atau mendesak perubahan perlu diteliti dari aspek baik dan buruknya, ini penting supaya pimpinan baru tidak mengulangi kesilapan atau bermula kembali daripada A. Permulaan semula daripada titik awal akan menyebabkan berlakunya ‘try and error’ yang membuang masa. Hasilnya mereka bukan mendepani tetapi terkebelakang daripada sebarang perubahan yang diperlukan.
Kepentingan pengamatan terhadap pengalaman terdahulu dimuatkan panduannya dalam Al-Quran sebagimana firman Allah :
Mafhumnya:
“ .. dan pada hari ini, kami kekalkan tubuh badan Fir‘aun sebagai tauladan kepada mereka yang selepas daripadanya”
Mahasiswa perlu menjadi pemerhati yang celik, pengamat yang teliti, pembaca yang tertib, perancang yang berstrategi serta pendesak yang berkesan. Untuk mencapai tahap tersebut mahasiswa tidak boleh lari daripada memperbanyakkan dialog dan perbincangan dengan para ulama’, cendiakawan, para pimpinan negara, pemimpin parti-parti alternatif, pakar-pakar, ahli profesional dan ahli masyarakat. Saya yakin dengan melaksanakan perbincangan tersebut pelbagai tahap pemikiran dapat difahami. Natijahnya dengan kefahaman itu mahasiswa akan mampu membuat keputusan yang berjejak di atas alam realiti berdasarkan pemikiran pelbagai lapisan masyarakat
Pemikiran rakyat amat penting untuk dihayati dan difahami kerana merekalah mad’u, kerana itulah Rasullah SAW mengajar kita untuk bercakap berdasarkan tahap pemikiran sesuatu masyarakat yang mendengar ucapan kita.
Selain itu, mahasiswa harus giat mencari dan mengejar ilmu-ilmu yang diperlukan untuk menghidupkan teori yang dipelajari , usaha dan kerja keras sangat mustahak dalam proses ini. Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya :
Mafhum:
“Kebijaksanaan itu adalah barang tercicir daripada orang mukmin, maka sekiranya kamu menjumpainya kamulah paling layak untuk mengambilnya”
Ini membawa maksud Rasul mengajar kita mencari kebaikan di pelusuk alam, apabila diperolehi mesti ke atas kita mengambilnya demi untuk kebaikan dan kepentingan Islam.
ج. Kesatuan Pemikiran dan Tindakan Gerakan
Perpaduan antara beberapa pertubuhan mahasiswa perlu digemblengkan. Kefahaman yang jelas antara gerakan mahasiswa terutamanya yang kumpulan mahasiswa Islam sangat penting dan merupakan antara pra-syarat kepada keberkesanan gerakan dakwah. Justeru kefahaman akan tuntutan Islam antara sesama sendiri perlulah diselesaikan terlebih dahulu kerana ia akan mampu menyelasaikan cabangan-cabangan masalah lain[2].
[1] Dr. Muhd Said Ramadhan al-Buti, ‘Ala Toriq al-‘audati ila al-Islam, Mua’assah al-Risalah, hlm 19
[2] Dr. Muhd Said Ramadhan al-Buti, ‘Ala Toriq al-‘audati ila al-Islam, Mua’assah al-Risalah, hlm 24
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
Subscribe to:
Posts (Atom)
I've heard from my good friend from there, some foreigners still practising 'free sex' and sometimes in their tutorial rooms. But for locals, they are just hypocrite. When outside the campus, wear sexy outfits without scarft and be GROs???!!
Please clearify...