.::Main Contents::.
-
Tahniah kepada yang menang!!
Alhamdulillah,setelah sekian lama kita semua menunggu untuk memilih pemimpin SRC kita yang baru,semalam telah selesai semuanya proses pengundian selepas pengumuman di buat oleh Election Commissioner, Dato' Hamidon Abd Hamid kira-kira 6.35 petang semalam.setelah lebih kurang 123hari SRC 07/08 dibubarkan,akhirnya barisan kepimpinan baru sesi 08/09 akan dibentuk tidak lama lagi.Kami dari Ma'ruf Club mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon yang menang..semoga segala manifesto yang dijanjikan dapat di tunaikan dengan sempurna.beristighfarlah kepada allah kerana amanah ini adalah dari allah yang akan di soal olehNYA 'disana' kelak.dan kepada calon yang tewas, bersyukurlah kepada allah kerana anda tidak terpilih untuk menanggung amanah yang berat ini.Setinggi tahniah juga kami rakamkan kepada committee Pilihan Raya Kampus pada kali ini kerana bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan PRK ini berjalan lancar dan aman.
Berikut dinyatakan keputusan beserta jumlah undian calon-calon yang bertanding.
KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCESMOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES
AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590
KULLIYYAH OF ENGINEERING
NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)
KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCESABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL ARIFAH – 2060 VOTES (WON)
KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES
KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGYMOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)
Semoga kemenangan @ amanah yang cukup berat dikurniakan oleh ALLAH s.w.t. dapat dilaksanakan sebaiknya dengan membawa suara keramat mahasiswa, isu-isu kebajikan terutamanya dan aktiviti-aktiviti berfaedah khusus untuk mahasiswa UIAM dan massa umumnya.Dan kepada semua pelajar,marilah sama-sama kita memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pemimpin kita bagi memastikan segala perancangan yang bakal dibuat oleh mereka berjalan dengan lancar,InsyaALLAH..kami dari Ma'ruf Club amat berharap agar misi club kami iaitu Amar Ma'ruf & Nahi Munkar dapat sama-sama dilaksanakan oleh SRC pada kali ni & kami sedia bekerjasama jika diperlukan..sekali lagi,TAHNIAH & TAKZIAH kepada semua calon yang menang!
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
5 comments:
-
assalamualaikum...
tahniah diucapkan kepada calon-calon PRK UIAM yang telah berjaya memenangi hati para mahasiswa sekaligus diberi mandat untuk menerajui MPP kelak. Harapnya rahmat Allah akan sentiasa bersama kalian. amen..
Namun, secara peribadi, penulis berasa terkilan kerana pada PRK kali ini, terdapat begitu banyak sekali permainan politik yang menjengkelkan telah berlaku.
Antara isu terbesar yang disedari ialah "perang" antara WUFI dan PKPIM...
Disini, penulis tidaklah mahu mengungkit, siapakah yang salah, mahupun siapa yang betul, namun apa yang dikesalkan, terjadinya pertelingkahan antara dua gerakan mahasiswa Islam yang pada natijahnya sehaluan matlamatnya- mendaulahkan Islam didalam jiwa-jiwa mahasiswa.
Disini, penulis menyeru, agar kedua-dua belah pihak supaya berhenti tohmah menohmah, benci membenci, caci maki antara satu sama lain.Hal ini demi menjamin kesucian, dan kreadibiliti gerakan mahasiswa Islam itu sendiri.Penulis kira lebih elok jika ia digantikan dengan dasar saling hormat menghormati, selain menggalakan perkongsian idea walaupun kaedah perjuangannya sedikit berbeza. Harapnya, janganlah dengan hanya kerana isu kepolitikan, umat muhammad yang satu imannya, berpecah belah...
Fikirkanlah, jika sengketa antara PKPIM dan WUFI terus berpanjangan, siapa pula yang akan bertepuk tangan?? - sudah tentu musuh-musuh Islam dan seangkatan dengannya..
Janganlah satu ketika nanti kita terpandang kebelakang, dan baharulah kita sedar, apa yang kita lakukan pada hari ini, sesungguhnya merugikan kita...
Bukankah lebih baik diadakan satu perjumpaan tertutup diantara majlis tertinggi kedua-dua belah pihak, daripada menabur artikel-artikel berbaur kebencian di arus perdana?
Walllahualam
Ibn Qadir
-
salam.
ada nama2 calon yg disalah eja.
mcm x endahkan dioerg je.
kesian taw parent bagi nama elok2 pastu pandai2 korang ubah...
-
Ana setuju dengan pandangan Ibn Qadir, kalaulah berterusan perkara sebegini..ternyata Pro-M (baca: WUFI) sebenarnya hanyalah proksi parti politik yang di luarlah..apa bezanya dengan suasana politik di luar, politik mencerca dan memfitnah antara kawan dan lawan. Insaflah, jangan kerana nak menang kerusi, matlamat dan prinsip tergadai. PKPIM pun pertubuhan Islam, biarlah kita bertanding di padang yang rata (ayat biasa pemimpin PAS), kenapa nak dihalang, diftnah-fitnah. UIAM bukan milik WUFI, itu mereka perlu sedar. UIAM adalah milik pelajar yang cintakan keadilan, kesaksamaan, dan kematangan berpolitik.
-
saya harap, jgn menggunakan blog maruf ini utk membincangkan lebih detail mengenai politik kampus. kerana maruf club bukan nyer tempat utk bermuzakarah dgn isu sebegini.
sekadar memberi hujah yg tiada kaitan dgn mana2 bdn politik kampus adalah dibenarkan. tetapi, kalau berhujah utk dimatangkan adalah bukan di sini tempatnya.
sekadar membetulkan pada tempat yang sepatutnya.
p/s:klu nak berdiskusi pasal politik kampus, cari blog yg berkaitan dgnnya. di sini tempat utk maruf club shj
gmbr2 calon ade??