.::Main Contents::.

...
  • Mahasiswa UIAM diseru adakan solat hajat di setiap Kolej

    Salam Intifadha..

    Berita Harian pada hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dilaporkan maut dan 10 cedera. Ini menjadikan jumlah maut terkini di Gaza adalah 345 orang syahid, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera.

    Di setiap dada-dada akhbar pada waktu ini sedang memaparkan berita terkini yang berlaku di Gaza. Adakah kita masih lagi tidak terpanggil untuk bersama-sama mereka saudara seagama dengan kita? Jesteru itu, pihak Krew Ma'ruf Club di sini menyeru kepada semua mahasiswa UIAM khususnya dan juga mahasiswa seluruh Malaysia sama-sama mendoakan saudara kita yang sedang ditindas, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pihak zionis Laknatullah.

    Di sini juga, kami di pihak Krew Ma'ruf Club mengajak seluruh aktivis mahasiswa GAMIS, GPMS, KARISMA, JIM, PKPIM, ABIM, PEMBINA, ISMA, GPTD, GPM dan APPIM supaya mengetepikan ideologi masing-masing dan bersama-sama kita bersatu mengutuk sekeras-kerasnya TINDAKAN ZIONIS ISRAIL LAKNATULLAH di Gaza.

    Dengan ini, kami menyeru seluruh kolej di UIAM mengadakan sembahyang hajat dan perbanyakkan Qunut Nazilah buat saudara-saudara kita di Palestin. Semoga dengan sidikit usaha yang kita lakukan ini, akan meringankan beban saudara kita di Palestin.

    FREE PALESTINE

    *Ikuti perkembangan terkini Palestin di Yahoo Group kami. Sertai kami sekarang.

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

    Mohd Ridhuan Che Husin,
    Exco Penerangan, Penerbitan dan Multimedia,
    Ma’ruf Club 2008/2009
    http://marufclub.blogspot.com

0 comments:

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam