.::Main Contents::.

...


  • Isu Kartika : Apabila Keinsafan Mengatasi Segalanya

          Isu tentang pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarno terus hangat diperkatakan sehingga kini. Kes yang tertangguh begitu lama iaitu pada bulan Julai 2009 masih belum lagi diselesaikan dengan sempurna.

          Maruf Club melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa saudari Kartika di atas penangguhan hukuman sebat terhadap beliau dan menggesa kepada pihak Mahkamah Syariah Pahang agar menyegerakan hukuman tersebut. Ini bagi memberi peluang kepada beliau untuk memulakan kehidupan baru dengan lebih tenang seperti yang telah dikatakan oleh beliau, “Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan. Setakat ini mahkamah belum memberitahu bila hukuman itu akan dijalankan, dan saya ingin memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu."

          Di atas rasa tanggungjawab dan sebagai sokongan terhadap beliau, Ma’ruf Club dalam perancangan untuk melawat dan bertemu mata dengan saudari Kartika yang ketika ini juga sedang dalam proses untuk memfailkan pengesahan lafaz talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar.

          Ma’ruf Club mengucapkan setinggi tahniah atas sikap yang ditunjukkan oleh saudari Kartika yang begitu tegas berpegang kepada prinsip walaupun beliau sebenarnya boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan enam bulan lalu. Namun keinsafan dan kesedaran mengatasi segalanya sehingga beliau mahu hukuman itu dilaksanakan segera.

          Pun begitu, Ma’ruf Club berharap agar perkara ini bukan hanya menjadi sekadar suatu isu biasa, malah menggesa masyarakat sekeliling khususnya Mahasiswa UIAM mengambil berat soal hukum hakam dalam Islam dan dalam masa yang sama juga perlu berhati-hati dengan pelbagai dakyah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mempersendakan agama.

    Sedikit persoalan yang perlu kita renung bersama,

          Berapa ramai lagi orang Islam yang ikhlas dan insaf serta rela di adili dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh kehakiman Islam, tetapi tidak terbela dan dihalang dari melaksanakan ajaran agama mereka, sebagaimana juga Kartika Sari Dewi?

          Bagaimana pula dengan golongan yang menggelar diri mereka Muslim, namun terang-terangan tidak langsung menghormati ketetapan agama, malahan sentiasa pula mencemuh, memperlekeh dan mempersendakan Islam itu sendiri?

          Sesungguhnya segala kesilapan dan dosa yang lalu, biarlah kekal menjadi sempadan dan peringatan. Semoga kemelut isu Kartika ini menjadi `pembuka mata’ kepada kita semua, betapa perlunya umat Islam di negara ini kembali kepada akidah yang sahih, penghayatan ilmu yang mantap dan keazaman yang tinggi dalam mempraktikkan Islam dalam kehidupan.




    Nur Shahidat Mohamed,
    Timbalan Presiden II, Ma’ruf Club UIAM
    http://nurjannah87.blogspot.com


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

0 comments:

Leave a Reply

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam