.::Main Contents::.

...


Showing posts with label 'IBADAH. Show all posts
Showing posts with label 'IBADAH. Show all posts
  • Kasihku Pada Ramadhan



    Ramadhan yang penuh makrifat
    Ramadhan ditunggu-tunggu
    kembali menjengah hati setiap Muslim
    memekarkan keberkatan dan kebesaran
    Yang Maha Kuasa

    Ramadhan yang menyejukkan hatiku
    yang melembutkan kerasku
    yang mendamaikan gelodak rasaku
    yang menghilangkan amarahku
    yang menghadiahkan penghargaanku
    buat insan-insan tersayang
    yang menambahkan cinta kasihku
    pada Yang Satu

    Ramadhan
    syarul Syiam
    berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
    jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
    yang mengurangkan keberkatan
    ya Mutakkabir

    Ramadhan
    syarul Qiyam
    malam-malammu malam terindah dalam hidup
    malam-malam yg penuh ibadah
    malam-malam yang penuh berkat
    lalu,
    haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
    tanpa sujud syukurku pada
    Ar-Rahman
    Ar-Rahim

    Ramadhan
    syarul Quran
    bait-baitmu adalah puisi agung
    yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
    patah perkataanmu adalah keajaiban
    adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
    yang menjadi peganganku
    penunjuk arah dalam langkah perjalananku
    yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

    Ramadhan
    syarul Tarbiyah
    hari-harimu adalah satu didikan buatku
    yang menundukkan egoku
    yang menghilangkan rasa dendamku
    yang menjernihkan segala keruh dihatiku
    yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
    yang mulia disisi-Nya

    Ramadhan
    syarul Jihad
    pada setiap langkahku
    setiap degup nafasku
    setiap denyut nadiku
    setiap detik ingatanku

    Islam
    adalah matahari bagi hatiku
    bulan bagi jiwaku
    bintang bagi mataku

    Ramadhan
    perjuanganku menggapai solehah baru bermula
    pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
    rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
    selama mana nafas masih menjadi milikku

    YA ALLAH
    sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

    Ihsan from: www.iluvislam.com

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • QUNUT NAZILAH
    *Who's don't get the Qunut Nazilah Du'a yet, you can copy from here and
    you can spread this to all muslims. For copying, you have to click first at the
    picture and then, when the picture come out, you can copy safely. Easy right. :)
    May Allah bless us.

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

    more
  • SALAM MAAL HIJRAH 1430

    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    SALAM MAAL HIJRAH 1430
    to all our members of Ma'ruf Club and all supporters us especially to Ma'ruf Fan Club.
    May Allah bless you all and hope we can together strive for Islam. InsyaAllah..

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

    more
  • Awal Muharam sesuai bermuhasabah

    Perancangan teliti mampu tingkat amalan, hadapi cabaran hidup

    KETIBAAN Awal Muharam mengingatkan kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang berlaku 14 abad lalu. Peristiwa hijrah itu menjadi titik tolak permulaan yang mengangkat Islam sebagai agama diredai Allah.

    Sementara kita mengakhiri tahun 1429 hijrah ini dan menghadapi kedatangan tahun 1430 hijrah, sudah tentu wajar bagi setiap Muslim mengimbas kembali masa setahun yang sudah berlalu itu untuk menilai bagaimana ia dihabiskan.

    Ia tentu banyak meninggalkan seribu satu kenangan, sama ada yang manis atau pahit. Mungkin dalam setahun itu, kita banyak memperoleh kebaikan dan keuntungan, mungkin juga pada masa sama kita juga melakukan keburukan serta mengalami kerugian, dari segi keduniaan mahupun akhirat.

    Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak". Ungkapan itu memberi peringatan betapa perlunya muhasabah diri dan bagaimana ia berupaya bertindak sebagai persiapan yang akan menentukan kejayaan di samping mengelakkan daripada penyesalan yang tiada penghujungnya.

    Muhasabah diri bukan saja boleh membantu merancang masa depan lebih baik, malah ia akan menginsafkan kita betapa pentingnya perancangan rapi.

    Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia sudah sediakan (dari amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan); bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan." (Surah al-Hasyr, ayat 18)

    Perlu diinsafi bahawa setiap Muslim tidak dapat mengetahui dengan pasti apakah corak masa depan bakal dilaluinya, apakah ia suatu detik gemilang dan kejayaan ataupun hanya satu detik pahit penuh kegagalan serta kedukaan.

    Apakah setiap Muslim akan terus beristiqamah dengan sinaran hidayah Allah atau tersungkur jatuh dalam kancah maksiat serta permainan tipu helah syaitan yang menyesatkan.

    Dalam hal ini, apa pasti setiap Muslim hanya boleh merancang dan berusaha pelbagai persiapan teliti demi memastikan dia mampu terus bersedia menghadapi masa depan dengan pelbagai cabaran.

    Hasilnya, dunia kini seolah-olah menjadi medan pertarungan sengit bagi menentukan seseorang atau umat itu berjaya atau kecundang. Ada umat yang muncul dan berjaya dan ada pula tenggelam serta hancur. Ada manusia berjaya menjadi pemimpin dan apa yang sanggup menjadi pak turut.

    Walau apa pun natijah yang bakal diraih, masa depan itu tetap juga akan dihadapi. Oleh demikian, setiap Muslim seharusnya berbekalkan semangat juang tanpa mengenal penat lelah atau erti mengalah ketika menelusuri titian hidup ini.

    Inilah lumrah kehidupan ditentukan Allah sebagai medan perjuangan antara yang hak dengan batil, benar dengan palsu. Ada kalanya pihak yang benar dapat mengatasi yang salah, ada kalanya yang salah mengalahkan yang benar.

    Perlu ditegaskan jika pihak yang kalah itu menang, ia sama sekali tidak bererti kejahatan itu berada di pihak benar, tetapi dalam banyak keadaan ia adalah kerana pihak jahat itu mempunyai kepemimpinan dan sistem teratur yang membolehkannya meraih kemenangan.

    Ada ketikanya pihak baik akan kecundang dalam perjuangannya kerana dalam banyak keadaan ia tidak diatur dan dirancang dengan baik serta tidak mendapat kepemimpinan baik ketika menjayakan misi itu.

    Allah berfirman bermaksud: "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan ia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian antara kamu orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang yang zalim." (Surah ali-Imran, ayat 140)

    Satu perkara perlu disedari setiap Muslim ialah setahun yang berlalu bererti setahun pula umurnya bertambah. Semakin bertambah bilangan tahun berlalu, semakin sedikit pula sisa-sisa hidupnya yang masih tertinggal.

    Apabila umur seseorang Muslim tamat, maka ajal maut pun akan menjemputnya. Pada ketika itu, tidak ada lagi peluang kesekian kalinya untuk Muslim mengumpul bekalan akan dibawa menghadap Allah kelak.

    Oleh itu, setiap Muslim wajib menginsafi diri ketika menjalani kehidupan dunia yang sementara ini dan janganlah membazirkan waktu berharga dengan sia-sia. Ingatlah, sehari yang terbuang bermakna kita membuang masa, umur serta peluang berharga.

    Sikap membuang masa seharian dengan berfoya, melepak dan berseronok tanpa mendatangkan hasil yang bermanfaat bererti suatu penderhakaan terhadap nikmat masa yang dikurniakan Allah. Malah, masa sahajalah aset sangat bernilai yang tersedia pada setiap manusia dalam hidup ini.

    Saidina Ali Abi Talib pernah berkata: "Sesiapa yang menghabiskan masa hariannya tanpa ada hak yang dilaksanakannya, tanpa ada kewajipan ditunaikan, tanpa ada kemuliaan dibinanya, tanpa kepujian yang diperoleh, tanpa ada kebajikan dilakukannya, tanpa ada ilmu dipetiknya, maka sesungguhnya dia sudah menderhakai masa hariannya itu."

    Wajarlah setiap Muslim merenung dan bermuhasabah secara mendalam. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Maka sediakanlah bekal di dunia sebelum belayar ke alam akhirat yang abadi supaya setiap daripada kita tidak menyesal pada kemudian hari nanti.

    Sumber:Berita Harian


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

    more
  • Shahru Barokah

    Assalamu'alaikum..



    Stepping in a new month..

    A blessed month..
    A month of purifying soul..
    A month of improving 'ibadah..
    A month which rich of happiness..
    A month of Lailatul Qadr..
    A month of undiscovered ni'mah & barokah..
    RAMADHAN KAREEM from us,
    MA'RUF CLUB IIUM ^_^

    wassalam =)

    more
  • DISCOVER THE BEAUTY OF QUR'AN Assalamu'alaikum..

    In discovering the beauty of ISLAM, we also have to Discover The Beauty of Qur'an. Thus, we would like to invite all of you to join our programmes as below:



    DISCOVER THE BEAUTY OF QUR'AN
    [21-27 AUGUST 2008]
    In Conjunction With CONVEST08
    In Collaboration With RIZQINA ENTERPRISE & SHAS MOSQUE
    Grand Liqa' Tafsir/Iftar/Qiamullail -> 21st August, SHAS MOSQUE, 6:00 pm
    Seminar Kaedah JIBRIL -> 23rd August (Saturday), Engine Main Audi, 8:00 am

    Al-Qur'an Exhibition -> 21st - 27th August, SHAS MOSQUE's Foyer

    LETS COME & JOIN US! ^_^
    May we will be blessed by ALLAH..ameen =)

    more

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam