.::Main Contents::.

...
  • Elakkan Subjudis kepada Mahkamah




    Kelulusan menggunakan kalimah ‘Allah’ oleh Mahkamah Tinggi kepada akhbar ‘The Herald’ berjaya ditangguhkan buat sementara waktu setelah Kementerian Dalam Negeri berjaya mendapatkan perintah ‘stay of execution’ atau perintah penangguhan perintah mahkamah sebelum ini. Kesan daripada perintah terbaru ini menyebabkan The Herald dilarang sama sekali untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan akhbar tersebut. Walaupun keputusan ini dilihat dapat meredakan sedikit ketegangan di kalangan masyarakat terutamanya orang Islam, ada juga yang tertanya-tanya tempoh masa ia terpaksa dipohon apatah lagi diluluskan yang membayangkan keseriusan kita dalam kes ini boleh dipersoal. Hal ini disebabkan oleh sewaktu penghakiman kes Dato’ Seri Ir. Nizar, permohonan dan kelulusan untuk ‘stay of execution’ daripada penghakiman terdahulu mahkamah hanya mengambil masa kurang daripada tempoh 24 jam.


    Pihak kerajaan pula sepatutnya lebih tegas untuk tidak membenarkan rakyat mengambil kesempatan berhubung isu ini. Walaupun mereka ada menasihatkan rakyat untuk mengambil sikap bertenang, namun tiada pula tindakan dibuat kepada pihak yang berterusan memainkan isu ini. Terbaru, mereka membenarkan niat dan hasrat pihak tertentu untuk mengadakan demonstrasi. Tanpa menafikan hak demokratik setiap rakyat untuk bersuara, sepatutnya kerajaan perlu dilihat untuk tidak menggalakkan demonstrasi dalam situasi sekarang. Hal ini memandangkan rayuan keputusan di Mahkamah Tinggi tempoh hari akan diputuskan dalam tempoh terdekat. Harus diingat, kita masih ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang boleh membatalkan keputusan mahkamah sebelum ini. Tanpa menafikan ada kemungkinan bahawa keputusan yang akan diputuskan boleh jadi tidak berubah, namun dengan bertindak seperti ini, maka ia dilihat bersikap subjudis kepada mahkamah, iaitu membuat pengadilan terlebih dahulu terhadap isu sebelum dimuktamadkan oleh mahkamah atau mempengaruhi juri mahkamah untuk membuat keputusan yang dibimbangi tidak dapat bersandarkan kepada prinsip kebebasan dan keadilan undang-undang.

    Oleh : Muhammad Zaki Bin Sukery,
              Presiden,
              Ma'ruf Club UIAM,





0 comments:

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam