.::Main Contents::.
-
UIAM: Forum Intelektual sangat menggalakkan
Gombak, 25 Feb. 11.08 am|
Forum intelektual mengenai senario semasa politik Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak semalam.
Forum ini anjuran Kelab Ma'ruf UIAM telah menjemput beberapa ahli panel yang juga tokoh politik terkemuka tanah air, antaranya YB Dato' Dr. Hasan Ali, Adun Gombak Setia (PAS), YB Dr. Fuad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat (BN) dan dua orang tokoh lain, Prof. Abu Hasan dari Universiti Malaya dan Cikgu Azmi dari TERAS dan telah dipengerusikan oleh Presiden Ma'ruf Club, Sdr. Faridzul Nasarudin
Forum ini telah mengupas berkenaan isu yang berlaku di Perak, institusi di Raja, masa depan Melayu, Islam dan politik semasa. Forum ini juga mendapat sambutan menggalakan dari massa. Hadirin yang datang juga dari pelbagai peringkat, pensyarah, pelajar, ahli akademik, pemerhati politik, wartawan dan juga penduduk setempat yang ingin melihat sendiri diolog pemimpin mereka mengenai isu semasa yang berlaku sekarang.
"Forum ini telah menarik ramai mahasiswa untuk menilai baik dan buruk yang berlaku di Perak dan inilah hasrat kita untuk menjadikan mahasiswa yang peka pada suasana yang berlaku di Malaysia sekarang” ujar Tim. Presiden 1 Ma'ruf Club Sdr. Muhammad Zaki Sukery-marufclub
(Berita akan menyusul kemudian)~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
semoga forum sebegini dapat diteruskan oleh Maruf Club..
tahniah and congrate!!
10 stars...hehe