.::Main Contents::.

...


  • ENAM KELEMAHAN UTAMA OPERASI PERBANKAN ISLAM

    ENAM KELEMAHAN UTAMA OPERASI PERBANKAN ISLAM

    Oleh
    Dr Muhammad Shabri Abdul Majid
    Nota: Penulis seorang pensyarah di Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi
    & Sains Pengurusan UIAM.

    Dalam artikelnya Islamic Banks and Investment Financing, Aggarwal
    dan Yousef (1996) menyebutkan bahawa setidak-tidaknya wujud enam
    kelemahan utama operasi perbankan Islam dewasa ini, termasuk bank-
    bank Islam rantau ini.

    1. Cara pembiayaan bank Islam masih didominasi oleh sistem mark up (menaikkan harga) berbanding sistem profit-loss sharing (bagi hasil).

    Walaupun sistem pembiayaan mark up dianggap 'halal', ia harus
    dihindari dan dihadkan.

    Ini kerana menurut Siddiqi (1983) dan Khan (1987), sistem ini akan
    membuka pintu belakang bagi amalan riba.

    Sistem pembiayaan perbankan Islam, pada amnya, ada dua jenis:

    Sistem Bagi Hasil (SBH); dan

    Sistem Mark Up (SMU).

    SBH terdiri daripada Mudharabah dan Musyarakah.

    Dalam sistem pembiayaan Mudharabah, pihak bank bertindak sebagai
    pemberi modal (Sahib al-Mal) dalam sebuah usaha yang dijalankan oleh
    wirausahawan (pelanggan bank), di mana keuntungan dan kerugian usaha
    akan dinikmati bersama sesuai dengan perjanjian.

    Sementara itu, Musyarakah adalah sistem pembiayaan yang selain
    bertindak sebagai pemberi modal, pihak bank, pada masa yang sama
    juga, bertindak sebagai pelaku usaha bersama-sama pelanggan bank
    berkenaan.

    Selanjutnya, SMU yang amnya dipraktikkan bank Islam dewasa ini
    adalah Murabahah dan Ijarah.

    Dalam Murabahah, pihak bank akan membeli barang/benda sesuai dengan
    permintaan pelanggan, dengan pihak bank akan mengambil keuntungan
    melalui cara menaikkan harga jual, yang dibayar oleh pelanggan sama
    ada secara ansuran ataupun tunai.

    Contohnya:

    Tuan Kapluk datang ke bank Islam dan hendak membeli sebuah rumah.

    Jadi, pihak bank akan membeli rumah seperti yang diinginkan Tuan
    Kapluk (pelanggan) dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

    Misalnya, harga beli rumah tersebut adalah $200,000, namun pihak
    bank akan menjualnya dengan harga $230,000 (melakukan mark up harga
    sebanyak $30,000) kepada pelanggan.

    Tuan Kapluk, sebagai pembeli, perlu membayar harga rumah dengan
    ansuran selama beberapa tahun, selari dengan kesepakatan bersama.

    Dalam Ijarah pula, pihak bank membeli barang/benda untuk disewakan
    kepada pelanggan bank dengan harga tetap.

    Boleh jadi, pemilikan harta/ benda itu tetap berada pada pihak bank
    atau secara berperingkat dipindahkan kepada pembeli (pelanggan).

    Ijarah ini sering disebut dengan sistem sewa-menyewa (leasing).

    Menilai dua sistem pembiayaan di atas, kedua-dua pihak - sama ada
    bank mahupun peminjam (pelanggan) dalam SBH - sama-sama harus
    mengambil risiko sedangkan dalam SMU pihak bank sama sekali tidak
    menghadapi risiko, bahkan keuntungannya sudah diketahui sebelumnya
    (predetermined) .

    Inilah yang menyebabkan para pakar perbankan dan ekonomi Islam
    menentang SMU.

    Sikap bank Islam yang tidak mahu menghadapi risiko inilah yang
    menyebabkan praktik bank Islam masih dianggap menyerupai dan
    bahkan 'sama' dengan cara kerja bank konvensional.

    Akibatnya, banyak umat Islam yang masih meragukan kesahihan bank
    Islam sebagai institusi untuk menyimpan dan meminjam wang yang tepat
    berlandaskan sunnatullah.

    2. Struktur pembiayaan bank Islam masih didominasi sistem pembiayaan jangka pendek berbanding sistem pembiayaan jangka sederhana dan panjang.

    Bank Islam masih memilih SMU, seperti Murabahah dan Ijarah yang
    amnya bersifat jangka pendek berbanding SBH yang relatif bersifat
    jangka sederhana dan panjang.

    Dengan lain perkataan, struktur pembiayaan bank Islam lebih
    difokuskan bagi menjana keuntungan sendiri (tidak mahu mengambil
    risiko) berbanding daripada mengoptimumkan keuntungan pelanggannya.

    3. Dalam memberikan pinjamannya, bank Islam lebih mengutamakan sektor perdagangan, kewangan dan perkhidmatan berbanding sektor- sektor pertanian dan industri.
    Padahal sektor pertanian dan industri yang sepatutnya mendapat
    keutamaan kerana kedua-duanya merupakan penuras utama pembangunan
    dan kesejahteraan ekonomi umat.

    4. Bank Islam masih tidak boleh melepaskan operasinya daripada perangkap riba.
    Bank Islam masih harus menyimpan simpanannya di Bank Pusat, seperti
    Bank Negara di Malaysia dan Bank Indonesia di Indonesia, dan bahkan
    kelebihan dana mereka sering disimpan di bank-bank konvensional lain
    sama ada di dalam ataupun luar negeri yang operasinya masih
    berkonsepkan riba.

    Keupayaan untuk menubuhkan Bank Pusat Islam yang bebas daripada bank
    pusat konvensional dipercayai sebagai salah satu cara untuk
    memurnikan operasi bank Islam daripada unsur-unsur riba sehingga ia
    benar-benar Islami.

    5. Dalam memberi pinjaman kepada pelanggan, bank Islam masih meminta jaminan (kolateral) kewangan kerana takut menghadapi risiko.
    Padahal idealnya, dalam memberi pinjaman kepada para pelanggan, bank
    Islam tidak dibenarkan meminta jaminan terhadap wang yang
    dipinjamkan kepada pelanggan.

    Ironinya, bank Islam ternyata telah menetapkan jumlah jaminan yang
    relatif lebih besar berbanding daripada yang dipungut bank
    konvensional lainnya.

    Maka kita tidak perlu hairan apabila sering mendengar aduan
    masyarakat bahawa mengambil pinjaman wang di bank-bank ribawi jauh
    lebih mudah, murah dan menguntungkan berbanding dengan bank Islam.

    6. Terakhir, seperti yang disebutkan sebelum ini, bank Islam lebih mengutamakan keuntungannya berbanding daripada kemaslahatan pelanggan.

    Buktinya, jumlah 'pinjaman sosial' seperti Qard al-Hasan - yang
    bersifat bantuan atau hibah pinjaman yang tidak mengharuskan para
    peminjam membayar bunga (melainkan kewajipan membayar modalnya
    sahaja) - sama sekali tidak terdapat dalam bank Islam.

    Kalau pun ada, jumlahnya sungguh sangat sedikit sekali. Dengan lain
    perkataan, pembiayaan zero return basis ini harus diberi perhatian
    seimbang dengan menyediakan pinjaman sosial kepada individu atau
    organisasi-organisa si Islam sama ada disalurkan dalam bentuk
    kewangan (modal) ataupun dalam bentuk harta (peralatan dan bahan
    baku).

    Namun, perlu diingat bahawa dalam memberikan pinjaman sosial ini,
    pihak bank berhak memungut kos perkhidmatan atau pentadbiran,
    sekadar cukup bagi menampung kos pentadbiran.

    Menurut Khan dan Mirakhor (1987), kos pentadbiran yang dipungut itu
    tidak harus mencerminkan jumlah pinjaman sosial yang diberikan dan
    tempoh pembayarannya.

    http://cyberita. asia1.com. sg/luarnegara/ story/0,3617, 134899,00. html?

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

1 comments:

  1. budi says:

    Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
    JazakAllahu Khairan

Leave a Reply

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam