.::Main Contents::.

...


  • Gambar Sekitar Program " Fitrah to Fitnah"

    [Barisan komiti program]


    [ abg Fadzli menerima cenderamata yg disampaikan
    oleh Timb 1 Ma'ruf Club,Saudara Zaki Sukery]


    [ wakil brother ]


    [ wakil dari sister bertanyakan soalan]


    [Penonton sangat terhibur]

    [ Abg Fadzli Yusof ]


    [ penonton sedang khusyuk mendengar]



    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • 10 Muwasofat Tarbiyyah Siri Tarbiah

    10 Muwasofat Tarbiyyah

    10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

    Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

    1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

    * Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
    * Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
    * Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

    Pendetailan Ciri:

    1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg maâ'thur

    2. Tidak berhubung dengan Jin

    3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin

    4. Tidak menenung nasib

    5. Tidak mendekati tukang tilik

    6. Tidak mengusap kubur

    7. Tidak meminta bantuan dari simati

    8. Tidak bersumpah dgn selain Allah

    9. Tidak mempercayai adanya sial

    10. Mengikhlaskan amal kerana Allah

    11. Mengimani rukun-rukun Iman

    12. Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat

    13. Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh

    14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

    2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

    * Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
    * Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
    * Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

    Pendetailan Ciri:

    1. Tidak menolak utk azan

    2. Bersuci dgn sempurna

    3. Sangat menghargai solat berjemaah

    4. Sangat suka berjemaah di masjid

    5. Memperbaiki mutu solat

    6. Qiamullail seminggu sekali

    7. Menunaikan zakat

    8. Berpuasa wajib

    9. Berpuasa sunat sehari setiap bulan

    10. Ada niat utk menunaikan haji

    11. Beriltizam dgn adab-adab tilawah

    12. Khusyuk ketka membaca al-Quran

    13. Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran

    14. Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan

    15. Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar

    16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat

    17. Menjauhi dosa-dosa besar

    18. Sentiasa membaca zikir pagi

    19. Sentiasa membaca zikir petang

    20. Mengingati Allah swt pada setiap situasi

    21. Menunaikan Nazar

    22. Menyebarkan Salam

    23. Menahan anggota dari perkara haram

    24. Beri'tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang

    25. Menggunakan sugi/siwak

    26. Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

    3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

    * Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

    · Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

    Pendetailan Ciri:

    1. Tidak takabbur

    2. Mempunyai pendirian

    3. Tidak menipu

    4. Tidak mencaci

    5. Tidak mengadu domba

    6. Tidak mengumpat

    7. Tidak berdusta

    8. Tidak mengejek

    9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan

    10. Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk

    11. Mengasihi orang yg lebih muda

    12. Menghormati orang yg lebih tua

    13. Menunaikan janji

    14. Menundukkan pandangan

    15. Menjaga rahsia

    16. Menutup dosa orang lain

    17. Cemburu terhadap isteri

    18. Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

    4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

    * Walaupun kaya, perlu bekerja.
    * Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
    * Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
    * Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
    * Menjauhi riba dalam semua lapangan.
    * Menyimpan untuk waktu kesempitan.
    * Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
    * Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

    Pendetailan Ciri:

    1. Mejauhi pekerjaaan yang haram

    2. Menjauhi riba

    3. Menjauhi judi

    4. Menjauhi penipuan

    5. Menunaikan zakat

    6. Membuat simpanan walaupun sedikit

    7. Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan

    8. Memelihara harta awam

    9. Memelihara harta peribadi

    5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

    * Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
    * Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
    * Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
    * Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

    Pendetailan Ciri:

    1. Mampu membaca dan menulis dgn baik

    2. Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran

    3. Memelihara hukum-hukum tilawah

    4. Menghafaz setengah dari hadith 40

    5. Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin

    6. Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting

    7. Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga

    8. Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci

    9. Mengetahui hukum-hukum solat

    10. Mengetahui hukum-hukum puasa

    11. Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu

    12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden

    13. Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam

    14. Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng

    15. Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga

    16. Mendengar dengan baik

    17. Mampu memberikan pandangan

    18. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif

    19. Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

    6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

    * Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
    * Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan
    * Pesanan al-Banna:

    Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan

    Pendetailan Ciri:

    1. Bersih tubuh badan

    2. Bersih pakaian

    3. Tempat tinggal yg bersih

    4. Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum

    5. Tidak berjaga malam berlebihan

    6. Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu

    7. Bangun sebelum terbit fajar/subuh

    8. Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan

    9. Meninggalkan tabiat merokok

    10. Menjauhi tempat-tempat kotor

    11. Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

    7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

    Pendetailan Ciri:

    1. Menjauhi perkara-perkara haram

    2. Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan

    3. Meninggalkan tempat-tempat maksiat

    8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

    * Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
    * Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

    Pendetailan Ciri:

    1. Bangun awal

    2. Menggunakan masa tertentu utk belajar

    9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syuunihi)

    * Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
    * Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

    Pendetailan Ciri:

    1. Penampilan yg elok

    2. Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

    10. Berguna untuk orang lain. (Nafiâun li ghairihi)

    * Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
    * Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
    * Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
    * Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

    Pendetailan Ciri:

    1. Menunaikan hak ibu bapa

    2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan

    3. Membantu orang-orang yg memerlukan

    4. Membimbing orang yang sesat

    5. Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Creative Dakwah Workshop


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Fitrah to Fitnah
    >> Unit Dakwah & Tarbiyah Ma'ruf Club akan menganjurkan satu ceramah yang bertajuk " Lelaki & Perempuan : Fitrah to Fitnah " yang akan disampaikan oleh seorang motivator yang sangat hebat iaitu Dr.Fadzli Yusof.

    >> Perbincangan ini akan mengupas sedikit sebanyak tentang batas-batas perhubungan antara lelaki & perempuan.Kenapa ia membawa kepada fitnah??bagaimana untuk mencegahnya?

    >> Ketahui jawapan-jawapannya dengan menghadirkan diri anda ke program di atas yang mana ia semestinya menjanjikan kepuasan & memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada kita bagaimana untuk mencegah fitrah fitnah ini.Jumpa anda di sana- marufclub

    *
    Kenali siapa Dr. Fadzli disini , juga disini

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • PM: Kaji semula kenaikan tol PM: Kaji semula kenaikan tol

    Perdana menteri meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan mulai 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

    Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet esok yang dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama dari Pattaya, Thailand.

    "Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," beliau dipetik berkata di sela-sela program Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean hari ini.

    Walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuhraya, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang, tambahnya.

    "Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya lagi.

    Tambahnya, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen, 10 Mac ini.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol antara 0.68 sen/km hingga 50 sen melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

    Menurut Bernama lagi, Abdullah berkata sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

    "Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

    Perdana menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

    Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.-malaysiakini

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • CIRI-CIRI PENTING DAIE Siri Tarbiah

    CIRI-CIRI PENTING DAIE

    Firman Allah yang bermaksud:
    “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
    mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
    yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

    1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana
    Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan
    musnah.

    2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan
    itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut
    dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

    3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub
    (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang
    dengan cara yang terbaik.

    4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki
    akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak
    cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada
    rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan
    menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak
    langkah Baginda s.a.w.

    5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia
    berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu
    yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan
    lebih mendalam mad’u yang didakwahnya.

    6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam
    untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai
    bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan
    masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil
    oleh generasi muslimin yang pertama.

    7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam
    kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di
    dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

    8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan
    logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan.
    Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan
    mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan
    meninggalkan kesan.

    Dipetik dari buku Berdakwah kepada Allah (Dakwah Fardiah) tulisan Mustapha Masyhur.

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Peristiwa Hari Ini: Hari Pembebasan di Kuwait (1991) Adakah anda tahu pada tarikh hari ini (26 Februari) adalah Hari Pembebasan di Kuwait (1991). Pembebasan ini juga adalah berkaitan dengan perang Teluk. Semoga sedikit perkongsian ini dapat menambahkan lagi ilmu kita sebagai mahasiswa.

    Perang Teluk atau Perang Teluk Parsi (2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991) merupakan satu konflik ketenteraan di antara Iraq dengan Pasukan Bersekutu dan 34 buah negara-negara lain yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas perampasan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada Ogos 1990. Meskipun terdapat hampir tiga dozen negara-negara yang bergabung dalam tentera Pasukan Bersekutu, majoriti pasukan tentera disumbangkan oleh Amerika Syarikatdan United Kingdom.

    Serangan ke atas Kuwait oleh pasukan tentera Iraq telah menyebabkan sekatan ekonomi dikenakan oleh beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB, dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom kemudian membuat persediaan untuk berperang. Pengusiran tentera Iraq dari Kuwait bermula pada Januari 1991 dengan kemenangan muktamad dicapai oleh Pasukan Bersekutu, yang telah berjaya mengambil alih Kuwait dan memasuki wilayah Iraq. Pertempuran udara dan darat telah berlaku dalam lingkungan wilayah Iraq, Kuwait dan kawasan sempadan Arab Saudi. Iraq juga telah melancarkan peluru berpandu ke Arab Saudi dan Israel sebagai pembalasan di atas sokongan mereka kepada Pasukan Bersekutu di Kuwait.



    Ikut arah jam dari atas: Pesawat Tentera Udara A.S terbang di atas telaga minyak Kuwait yang terbakar; pasukan British di dalam Operasi Granby; pandangan kamera dari pesawat Lockheed AC-130; Lebuhraya Kematian; Kenderaan tepur jurutera M728

    Tarikh :
    2 Ogos, 1990 – 28 Februari, 1991 (tamat secara rasmi pada 30 November, 1995)
    Tempat :
    Utara Semenanjung Arab
    Hasil :
    Kemenangan Pasukan Bersekutu
    Pengunduran pasukan tentera Iraq dari Kuwait

    Pihak bersengketa
    Bendera Kuwait Kuwait

    Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
    Flag of the United Kingdom United Kingdom
    Bendera Arab Saudi Arab Saudi
    Bendera Bangladesh Bangladesh
    Bendera Mesir Mesir
    Bendera Perancis Perancis
    Bendera Syria Syria
    Bendera Maghribi Morocco
    Bendera Oman Oman
    Bendera Pakistan Pakistan
    Bendera Qatar Qatar
    Bendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu
    Bendera Kanada Kanada
    Bendera Australia Australia
    Bendera New Zealand New Zealand
    Pasukan Tentera Bersekutu lain

    Bendera Iraq Iraq
    Komander
    Bendera Kuwait Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

    Flag of the United States George H. W. Bush
    Flag of the United States Norman Schwarzkopf
    Flag of the United States Colin Powell
    Bendera Arab Saudi Khalid bin Sultan[1][2]
    Flag of the United Kingdom Margaret Thatcher
    Flag of the United Kingdom John Major
    Flag of the United Kingdom Peter de la Billière

    Bendera Iraq Saddam Hussein

    Bendera Iraq Ali Hassan al-Majid

    Kekuatan
    - 959,600[3]
    - 1,820 pesawat pejuang danpenyerang (1,376 A.S, 175 Arab Saudi, 69 British, 42 Perancis, 24 Kanada, 8 Itali)
    - 3,318 kereta kebal(terutamanya M1 Abrams(A.S.),Challenger 1(UK),M60 Patton(A.S.)
    - 8 kapal pengangkut pesawat
    - 2 kapal tempur
    - 20 penjajap
    - 20 pembinasa
    - 5 kapal selam[4]
    - 1,000,000+
    - 649 pesawat pejuang
    4,500 kereta kebal (Type-59, Type-69, & T-55 T-62 buatan Iraq, kira-kira 500 T-72buatan Soviet) [4]
    Korban dan kehilangan
    Tembakan musuh: 181 terbunuh
    719 cedera
    41 ditawan (mangsa rakyat Kuwait tidak diketahui).
    Tembakan sendiri: 44 maut, 57 cedera
    Letupan peluru: 11 maut
    Kemalangan: 145 maut
    20,000-200,000 maut,
    80,000 ditawan,[5]
    75,000 cedera























































    Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/26_Februari

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Jom ke Kuliah.. Kuliah ini akan mengupas hadis-hadis yang terkandung di dalam Kitab Riyadhussolihin, karangan Imam Nawawi. Imam Nawawi telah menyusun hadis-hadis kepada bab-bab yang tertentu supaya memudahkan tajuk yang dibincangkan.

    Kuliah ini juga akan berterusan sehingga semesta akan datang. Ust. yang akan memberi kuliah adalah lepasan pelajar Syiria dan sedang menyambung peringkat Master di UIAM. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama kita tadabbur ilmu Allah dan menambahkan thaqafah kita.

    Semua dijemput hadir dan di dalam kuliah nanti, akan diberi teks yang telah difotokopi tajuk yang akan dibincangkan pada kelas tersebut untuk memudahkan pendengar membuat rujukan.

    Jadi, jangan lepaskan peluang. Ajak sahabat kita seramai mungkin untuk sama-sama mencari ilmu Allah yang tidak terhingga ini.

    * Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sekretariat Dakwah dan Tarbiyah Kelab Ma'ruf.
    Sdr. Fakhrulzaki : 013-3005419
    Sdri. Ruqayyah : 013-2229634


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Terus adakan forum sebegini - YB Dr Hassan Ali

    GOMBAK, 25 Feb - Forum Intelek Anjuran Maruf Club telah diadakan dengan jayanya semalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran yang begitu syahdu dari Sdr. Mohd Zahin & seterusnya disambung dengan bacaan Khutbah Wada' Nabi yang disampaikan oleh Timb. Presiden 1 Ma'ruf Club, Sdr. Muhammad Zaki Sukery.

    Seterusnya, majlis diserahkan kepada moderator bagi memulakan forum yang dibarisi oleh ahli panel yang hebat-hebat belaka. Cikgu Azmi membuka tirai forum dengan lontaran hujah yang mantap lagi berfakta. Setelah selesai satu pusingan forum, moderator membuka sesi soal jawab kepada semua audience untuk bertanyakan soalan. Banyak soalan yang ditujukan kepada ahli panel terutamanya kepada YB Datuk Fuad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat.

    “Ikhlas saya katakan bahawa tak semua dalam UMNO tu betul. Contohnya tentang PPSMI, saya juga membantah pelaksanaan sistem tersebut. Kami Umno Batu Pahat juga menentang pelaksanaan PPSMI ni. ISA pun saya tak berapa setuju. Apa yang saya nak katakan di sini, orang boleh kutuk Umno tu tak betul, Umno ni salah, tapi saya tetap memilih Umno sebagai wadah perjuangan saya” terang YB Fuad bagi menjawab salah satu soalan dari audience.

    "Soalan terakhir yang ingin saya tanyakan kepada semua ahli panel, antara ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat, yang mana lebih utama?"tanya salah seorang audience, Sdr. Hafiz Badiuzzaman, mantan Timb. Presiden Ma'ruf Club.

    Pelbagai jawapan diberikan." ..sudah tentulah saya menjawab ketuanan Melayu yang lebih utama kerana orang Melayulah yang pertama sampai di Tanah Melayu...."jawab Assoc Prof Abu Hasan Hasbullah dari Pensyarah Pengajian Media (UM).

    "Saya sedikit tak sependapat dengan Mahaguru kita ni (merujuk kepada Prof Abu Hasan) kerana ketuanan Melayu tak penting, ketuanan rakyat juga tak penting, yang lebih utama adalah KETUANAN ISLAM" jawab pula YB Dr.Hassan Ali. Suasana semakin hangat.

    Cikgu Azmi dari TERAS pula tak kurang juga hebatnya dimana setiap baris katanya disampaikan dengan begitu semangat dan sangat terhibur.

    Forum berakhir dengan setiap ahli panel memberikan konklusi masing-masing.

    YB Fuad mengatakan kita sebagai rakyat jangan mengamalkan mentaliti monoriti iaitu kita jangan melihat Nasionalis Melayu dalam konteks yang sempit.

    "Bagi saya ketuanan Melayu itu adalah juga ketuanan Islam kerana Melayu sangat dominan dengan agama Islam di Malaysia ini." kata YB Fuad mengakhiri hujahnya.

    Ahli panel kedua pula, Cikgu Azmi memberitahu kita supaya kita berpegang kepada 4K > keagamaan, kenegaraan, ke'umat'an dan kebangsaan." All struggle that do not related with islam is nothing.." begitulah kata beliau.

    Seterusnya, Prof Abu Hasan membuat konklusi dengan mengatakan bahawa Malaysia satu hari nanti akan mencapai kejayaan. " Kalau dulu orang asyik mengamalkan politik ketakutan sehinggalah berlaku tsunami 8 Mac dimana ia telah bertukar kepada politik pengharapan ( politic hope ). Ia akan wujud 3 elemen didalam politic hope ni iaitu > 1) raikan kebijakan 2) makmurkan kesaksamaan 3) merayakan kebebasan.."akhiri Prof Abu Hasan dengan semangatnya.

    Terakhir, kata-kata penutup dari YB Dr Hassan Ali.." Kita jangan bergerak 1 step forward but we should move billion step beyond. Jangan kamu sebagai mahasiswa hanya cemerlang dalam akademik sahaja, nak tunggu bila lagi untuk majukan umat? Mulalah dari sekarang. Yang penting, jaga perkara wajib yang disuruh Allah. Jangan hanya berhenti setakat ini sahaja, sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Cuba hadiri forum intelek yang sebegini baik untuk mengasah minda kamu sebagai mahasiswa." itulah kata-kata YB yang penuh dengan nasihat kepada semua mahasiswa.

    Secara kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa haruslah berdaya saing serta mempunyai daya intelektual sebagai seorang ahli akademik. Pekalah kepada isu semasa yang terjadi baik dalam negara mahupun luar negara. Akhir kalam, kami dari pihak Ma'ruf Club ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua komiti yang terlibat dan terima kasih juga kepada yang hadir dan tahniah atas kehadiran anda semua. Ingatlah, kita adalah generasi penentu masa depan negara. - marufclub

















    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

    more

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam