.::Main Contents::.
...
-
Happy Eidilfitri 1430H
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul[234]. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"
(Surah Ali 'Imran: 144)
Jadilah hamba kepada ALLAH, jangan menjadi hamba kepada bulan Ramadhan sahaja. Kerana ALLAH itu kekal buat selama-lamanya, Ramadhan tetap berlalu pergi. Setiap amalan bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja, tetapi hendaklah amalan itu diteruskan juga pada bulan-bulan yang berikutnya. Amalan yang disukai oleh Allah adalah amalan walaupun sedikit tetapi tetap(istiqamah).
Di atas IzinMu dan RahmatMu Ya Allah, kami pohonkan KeredhaanMu dalam menuju kepadaMu, berikanlah Pertunjuk dan HidayahMu kepada kami, kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, jadikan hati kami sentiasa mengingati dan bersamaMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin, juga sentiasa tidak lupa untuk berselawat kepada Junjungan kasih dan sayangnya kami kepada Baginda RasulAllah saw serta ahli keluarganya dan para -para sahabatnya.Pegi pekang beli ikang.
ikang dimasak lauk singgang,
mohon maaf segala kesilapang,
Agar hubungan terus berkekalang...
Sepohon Kasih di beri sama,
Tibanya bulan Syawal Kian menjelma,
Setelah sebulan kita puasa,
Ampun maaf diminta jua,
Masak Lemang sambil berdiri,
Hendak makan di Aidilfitri,
Nak hantar kad Raya Posmen Busy,
Email sahaja dapat di beri,
Bukan lupa tradisi,tapi ikut teknologi terkini,
yang ada di hujung jari.
~Selamat Menyambut EidilFitri 1430H
dengan penuh sunnah dan sederhana~
Kullu Aam Wa Antum Bikhair
Minal A'idin Wal Faizin
Maaf Zahir dan BatinMewakili seluruh kepimpinan Ma'ruf Club di semua peringkat
Selamat Berhari Raya~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: