.::Main Contents::.

...


  • Menyahut seruan Najib : Ma’ruf Club mahu mahasiswa manfaatkan peluang

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    Ma’ruf Club menyambut baik seruan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mahasiswa perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai serta menghalusi isu di persekitaran mereka.


    Menepati status mereka yang digelar anak muda intelektual, mahasiswa universiti sewajarnya menjadikan peluang mereka di kampus sebagai ‘padang latihan’ untuk membina kemahuan, kemampuan dan kekuatan diri sebelum menggalas tanggungjawab memimpin masyarakat. Keberadaan mereka di gedung ilmu ini seharusnya dimanfaatkan ruang sebaiknya lebih-lebih lagi apabila mereka seringkali diwarwarkan sebagai pewaris kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.


    Jika di luar kampus, saban hari kita dihidangkan dengan laporan akhbar mengenai masalah anak muda yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial. Namun, di dalam pagar kampus, lain pula masalahnya. Sindrom anak muda mengejar banyak ‘A’ amat menghantui mahasiswa sehingga isu-isu di luar pagar kampus jarang diambil tahu. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai sekatan yang dikenakan kepada mereka, ia seolah-olah dijadikan alasan kukuh kepada mengjustifikasikan tindakan mereka. Hal ini amat membimbangkan kerana mereka tidak pernah terdedah dengan cabaran realiti berbanding teori yang dipelajari dalam bilik kuliah. Kita mengimpikan sebuah negara yang maju dan mampu bersaing dengan negara membangun yang lain, namun acuan anak muda bagaimana yang mahu kita warisi?


    Muhammad Zaki Bin Sukery,

    Timbalan Presiden 1,

    Ma’ruf Club,

    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


0 comments:

Leave a Reply

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam