.::Main Contents::.

...


  • HOW TO VIEW PAST EXAMINATION PAPERS Assalamu'alaikum..

    Reviewing or referring the past semesters examination papers is one of the effective effort for the final examination's preparation. However, many students still did not know how to look at those examination papers. Today, we would like to share with all of you how to look at those questions and how to save them.

    1) Go to IIUM website : http://www.iiu.edu.my/



    2) Then, click at 'LIBRARY'



    3) You will see the front page of IIUM Library. Then, click at the 'EXAMINATION PAPER'



    4) Next, write down the COURSE CODE of the subject that you want. As an example, type RKQS 3210A. Without COURSE CODE, it might be difficult to find the exam papers.



    5) Then, you will get the result like this :



    6) Choose the exam paper that you would like to view. There are many exam papers according to semesters offered.


    7) Then, if you want to save it, click at 'SAVE A COPY'. Like this:


    8) Finally, save it to your laptop/desktop. You can view it anytime and anywhere you want. It is easy, right? =)

    We hope that this information can assist you for the final examination's preparation =)

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • TIPS PENJAGAAN LAPTOP Assalamu'alaikum WBT

    Oleh Mohd Izuardi Ibrahim

    Anda mempunyai laptop/notebook? selain dari tips-tips asas lain untuk menjaga sesuatu sistem komputer peribadi, pastinya anda ingin membaca tips dan panduan khas untuk pemilik laptop demi prestasi mantap dan tidak kurang juga untuk keselamatan laptop anda.


    Tips penjagaan fizikal:

    ► Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dinding ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptop anda.
    ► Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih.
    ► Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai.
    ► Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard.
    ► Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau.

    Tips keselamatan laptop anda:
    ► Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda. Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta.
    ► Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya. Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius.
    ► Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, selimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah
    laptop.
    ► Jangan jadikan laptop anda sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop.
    ► Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air.
    ► Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua.
    ► Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda.
    ► Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang beru.
    ► Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • DENGARLAH RINTIHAN SI MAYAT... Assalamu'alaikum..

    DENGARLAH RINTIHAN SI MAYAT……

    Kematian merupakan ketentuan yang pasti bagi setiap makhluk yang bernafas di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini.Ia dating tanpa mengira waktu, tidak mengenal usia mahupun tempat, juga tidak mengira harta atau pangkat seseorang itu kerana sesungguhnya manusia itu hanyalah hamba yang dhaif di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
    Mayat yang baru ditinggalkan rohnya pasti mempunyai seribu satu perasaan yang tidak diketahui oleh insan-insan lain yang masih bernafas di muka bumi ini. Tahukah anda apa yang diucapkan oleh mayat tatkala ditinggalkan roh, di saat dimandikan dan seterusnya?Mari kita singkap rahsia sebenar di sebalik perkara-perkara yang tidak bisa dilihat dan didengar oleh kita secara zahir…
    Dalam hadith riwayat saidatina Aishah radiallahuanha berkata: “Sedang aku duduk bersila di rumah, tiba-tiba Rasulullah masuk dan memberi salam kepadaku.Lalu aku pun berdiri hendak mendapatkan baginda. Baginda lantas berkata:
    “Duduklah terus di tempat itu wahai Ummul Mukminin (ibu segala orang Mukmin)”. Rasulullah terus baring di atas ribaku lalu terus tidur. Aku lihat uban di janggutnya ada 19 helai. Dalam kepalaku terfikir bahawa baginda mungkin akan terlebih dahulu meninggalkanku di dunia yang fana’ ini. Maka tinggallah ummat tanpa kehadiran Nabi. Aku pun menangis teresak-esak sehingga mengalir air mata ke pipi dan terus jatuh ke muka Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda terjaga lalu bertanya kepadaku:
    “Apakah yang engkau tangiskan wahai Aisyah?” Aku pun menceritakan apa yang aku fikirkan itu. Baginda bertanya lagi:
    “Apakah keadaan yang lebih sakit ke atas mayat wahai Aisyah?” Aku pun menjawab: “Waktu mayat itu dihantar ke kubur maka dukacitalah seluruh keluarganya. Kemudian dihantar ke liang lahad dan dikambus dengan tanah lalu baliklah semua saudara-mara dan kawan-kawan.. Ia diserahkan kepada Allah s.w.t. Kemudian datanglah malaikat Mungkar dan Nakir menyoalnya.”
    Lalu baginda bersabda:
    “Wahai Aisyah, perkara yang terlebih sakit ke atas mayat adalah ketika masuk orang-orang yang hendak memandikan mayat itu. Pemandi itu akan menanggalkan cincin yang ada di jarinya. Menanggalkan baju dari badannya. Menaggalkan serban dan kopiah. Ketika itu berteriaklah ia dengan sekuat-kuatnya: ‘Dengan nama Allah, wahai yang memandikan, aku minta kepadamu, tanggalkanlah baju dan kainku dengan lembut kerana saat ini badanku sedang berehat dari bekas sakit rentapan Malaikatul Maut.’
    “Apabila disimbahkan air ke atasnya, ia pun berteriak lagi: ‘Janganlah dituangkan ke atasku air yang panas dan sangat sejuk kerana badanku sedang terbakar sebab tanggalnya nyawa dari badan’.
    “Kemudian bila digosok badan mayat itu, ia berteriak lagi: ‘Jangan digosok kuat-kuat ke atas badanku ini sebab badanku luka-luka kerana keluar nyawa dar badan’.
    “Apabila selesai mandi dan dikafankan, dia berteriak lagi: ‘Janganlah kamu ikat kepalaku hingga aku dapat melihat ahli, anak serta keluargaku kerana ingin aku melihat mereka kali terakhir hingga sampai hari Qiamat kelak!’
    “Apabila mayat itu keluar dari rumah ia pun berteriak: ‘Wahai manusia, jangan kamu segera hantar aku ke kubur sehingga aku dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kampungku, keluargaku, anak-anakku dan hartaku. Jangan kamu sakiti isteriku yang sudah jadi janda, dan anak-anakku yang sudah jadi yatim!’
    “Ketika mayat itu diusung dan melangkah beberapa langkah ia berteriak lagi: ‘Wahai isteriku, anakku dan saudaraku! Janganlah hendaknya kamu mudah diperdaya dengan dunia seperti ia telah memperdayaku. Janganlah hendaknya kamu dipermainkan dengan masa seperti ia mempermainkan aku. Ambillah iktibar dari kematianku ini. Aku tinggalkan kepadamu apa-apa yang telah aku kumpulkan selama ini. Kamu boleh berlazat-lazat dengan hartaku itu. Tetapi janganlah kamu lupa untuk mendoakan aku’.
    “Bila mayat itu dimasukkan saja ke liang lahad, ia berteriak lagi: ‘Wahai saudara-saudaraku! Aku kumpulkan harta untuk kamu maka kamu hendaklah ingat kepadaku denagn memperbanyakkan membuat kebajikan dengan harta itu. Aku telah mengajar kamu dengan membaca al-Quran dan mengajar berakhlak kepada Allah dan manusia. Maka doakanlah aku selalu.’

    Begitulah dasyatnya rasa sakit ketika nyawa keluar dari badan sehingga kesan-kesannya masih dapat dirasa walaupun sudah menjadi mayat. Walaupun dilihat mayat itu sudah tidak mampu untuk bertutur, namun hakikatnya ia masih menuturkan kata-kata yang tidak mampu didengar oleh kita…Ingatlah.. “Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati” Wallahu a’lam..




    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • PERSAHABATAN =) Assalamu'alaikum..




    10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK

    1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
    2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik pada orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda.
    3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
    4) Hargai pendapat satu sama lain.
    5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
    6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak dapat membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, khabarkanlah.
    7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawn yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan anda kepada mereka. Tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan, dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasaan mereka.
    8) Belajar daripada satu sama lain.
    9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
    10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Risalah "BersamaMu" Edisi Ke-2 Assalamu'alaikum WBT.

    Alhamdulillah. Risalah 'BersamaMU" edisi yang kedua telah pun berjaya di terbitkan.Untuk membaca,anda boleh mendownloadnya, right click dan tekan butang save as image.Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat diambil manfaat agar kita BERSAMA menuju redhaNYA.Insyaallah.






    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Lawatan Mahabbah UMK ke UIA Gombak, Jumaat, 13/3/2009: Salam mahabbah buat sahabat-sahabat seperjuangan dari Universiti Malaysia Kelantan kerana sudi untuk bertandang ke teratak Taman Ilmu dan Budi ini. Pada 13 Mac yang lepas, pihak Maruf Club telah dikunjungi oleh sahabat-sahabt dari UMK yang telah membuat lawatan Mahabbah ke UIA.

    Seramai 40 orang pelajar dari UMK dan seorang pegawai pengiring telah telah sampai kira-kira pada jam 5.00 pagi di UIA. Pelajar-pelajar tersebut dari Jawatankuasa Teman UMK. Beberapa agenda telah dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 10.30 malam.

    Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dari pihak Kelab Ma'ruf dan juga beberapa perkongsian penting dalam melaksanakan dakwah Islam sebagai Mahasiswa telah dibincangkan. Aktiviti-aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik oleh pihak UMK dan beberapa solusi yang berjaya untuk dijalankan bersama sebagai seorang yang bergelar mahasiswa Islam. Semoga, lawatan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara dua univesiti. Wassalam.

    [Bergambar kenangan bersama-sama sahabat UMK]

    [ Semoga ukhwah yang terjalin diberkati Allah]

    [ Muslimat dengan penuh bersemangat: Kami pasti boleh! ]

    [ Exco Ma'ruf bergambar sebagai tanda kenangan persahabatan kami]

    [ Sdr. Zikrul Amin ( SUA Ma'ruf Club) memberi sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan]

    * Gambar-gambar yang lain boleh di lihat di facebook kami. Harap maklum.

    more
  • Risalah "BersamaMU" edisi pertama Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat blog ini.
    Alhamdulillah, risalah BersamaMU keluaran pertama berjaya diterbitkan untuk semester ini. InsyaAllah, risalah BersamaMU akan diterbitkan pada setiap hari Jumaat dan risalah ini akan fokus lebih kepada isu-isu ilmiah dan tarbiah. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk download, hanya kelik pada gambar dan save as sahaja di komputer anda. Semoga sedikit perkongsian ilmu ini, dpt dimanfaatkan bersama-sama. InsyaAllah..

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • PINDAAN AUKU 2008 : Manifestasi Kelesuan Gerakan Mahasiswa
    Akta Universiti Kolej Universiti bukanlah suatu Akta yang asing bagi mahasiswa. Ia telah berperanan dengan baik selama lebih 35 tahun sebagai senjata paling ampuh sang aparatus untuk berdepan dengan semangat juang mahasiswa. Sejarah sendiri membuktikan bahawa AUKU ditubuhkan dengan berlandaskan mala fide intention (niat jahat) apabila ia dibentangkan ke dalam Dewan Parlimen pada Mac 1971 susulan daripada siri-siri aksi mahasiswa di jalanan yang lantang memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas.

    Yang menariknya, semenjak daripada hari pertama Akta zalim ini dikuatkuasakan, ia sering menjadi bahan cacian dan makian para akademia muda yang cakna dengan nasib dan masa depan mahasiswa di bawah cengkaman AUKU. Aksi-aksi mahasiswa terus dicatur tanpa mengira kekangan yang tergazet dalam AUKU. Namun, tidak dinafikan, era pasca penguatkuasaan AUKU, gerakan mahasiswa lebih tertumpu kepada modus bawah tanah dan pemberdayaan potensi diri semata. Gerakan mahasiswa seakan hilang rentak sekitar tahun 80-an.

    Tahun 90-an pula menyaksikan kebangkitan mahasiswa yang agak relatif dengan kesedaran masyarakat sivil terhadap kezaliman dan penganiayaan yang berlaku di Malaysia. Lanskap politik yang kurang stabil akibat daripada pemusatan kuasa kepada seorang individu tertinggi pada dekad ini menyuntik kesedaran golongan marhaen untuk bertindak menentang salah guna kuasa yang berleluasa. Lebih-lebih lagi apabila pola aktivisme mahasiswa dirancakkan lagi dengan penubuhan beberapa front mahasiswa nasional termasuk GAMIS dan SMM yang tampil menjuarai isu yang berlegar.

    Kemuncak kepada kebangkitan ini, mahasiswa turun bersama rakyat menyertai mobilasi nasional pada tahun 1998 untuk menzahirkan sokongan mereka terhadap gerakan reformasi. Mahasiswa diingati sebagai entiti yang agak signifikan dalam bersama-sama memacu gerakan ini bersama rakyat sehingga tumpasnya kerajaan UMNO dan pakatannya di Terengganu.

    Bermula dari itu, aktivisme mahasiswa kembali rancak. Aksi-aksi mahasiswa di pentas masyarakat kembali segar dan relevan. Demonstrasi kriket, isu pinjaman PTPTN, gerakan mansuh ISA, keganasan Amerika-Israel, karikatur Nabi s.a.w dan banyak lagi merupakan antara plot-plot menarik yang tercatat dalam sejarah gerakan mahasiswa pasca reformasi. Bahkan, 7 orang mahasiswa terpaksa dikorbankan sebagai ganti kepada kerancakan momentum perjuangan mahasiswa pada tahun 2001 dalam satu peristiwa yang diingati sebagai insiden ISA 7.

    Walaubagaimanapun, mutakhir ini, atau lebih tepatnya 2-3 tahun kebelakangan ini, gerakan mahasiswa tampak kurang menyengat. Taringnya seakan semakin tumpul dan tidak berbisa. Bukan kerana tiada aksi yang direncana di peringkat nasional. Isu demokrasi kampus sememangnya tidak pernah lekang daripada perjuangan mahasiswa saban tahun. Namun, modus dan metode gerakan yang kelihatan stereotaip seolah-olah membenarkan inferens segelintir pihak bahawa gerakan mahasiswa era ini bersifat retrospektif.

    Bukti yang lebih jelas adalah kegagalan mahasiswa untuk mengumpulkan seluruh daya upaya mereka ke tahap yang maksimum bagi membantah pindaan AUKU baru-baru ini. AUKU yang telah bertapak lama di Malaysia seakan-akan tiada jangka hayatnya. Mahasiswa seolah-olah membenarkan AUKU untuk terus wujud dan terpelihara. Mungkin mahasiswa era ini berasa complacent dengan kondisi yang ada pada hari ini. Biarkan AUKU wujud agar mahasiswa terus sukses dalam lapangan akademik mereka.

    Di Indonesia, mahasiswa di sana tidak perlu tunggu lama untuk mengkuburkan akta yang sama peranannya dengan AUKU di Malaysia iaitu NKK-BKK (Normalisasi Kehidupan Kampus-Badan Koordinasi Kampus). Undang-undang yang digazetkan pada tahun 1978 ini menemui noktahnya pada tahun 1998 apabila sebuah gerakan masif mahasiswa dan gerakan sivil bersama-sama menggesa rejim Soeharto agar segera memansuhkan NKK-BKK ini. Bukan satu dua aksi yang mereka lakukan, namun lebih banyak daripada itu sehingga agenda mereka membuahkan hasil.

    Di Malaysia, sebuah gerakan yang benar-benar memperjuangkan pemansuhan AUKU adalah Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA). Ia ditubuhkan khusus untuk membawa agenda pemansuhan AUKU. Kredit perlu diberikan kepada mereka lantaran usaha mereka untuk merealisasikan agenda tersebut. Memorandum telah diserahkan, demonstrasi telah dianjurkan, siri-siri penerangan kepada mahasiswa dan Ahli Parlimen juga telah diadakan. Mungkin upaya mereka masih belum sampai ke tahap yang ekstra-maksima untuk menjayakan agenda tersebut.

    Tambahan lagi, kesedaran mahasiswa tentang isu ini tidak begitu melata. Tidak semua mahasiswa benar-benar faham bahawa agenda pemansuhan AUKU adalah agenda nasional yang perlu disahut seluruh mahasiswa. Hal ini diburukkan lagi apabila wujud sekolompok mahasiswa yang lebih cenderung untuk dikenali sejarah sebagai sang pencacai kepada pak menteri apabila menyatakan sokongan mereka terhadap AUKU. Mahasiswa secara keseluruhannya tidak bersatu mendepani isu ini.

    Lebih menyedihkan apabila jentera gerakan mahasiswa juga hadapi masalah sesama mereka. Di sebalik iltizam dan komitmen satu golongan aktivis mahasiswa untuk memacu dan menjayakan agenda ini, wujud pula satu golongan lain yang seakan-akan melukut di tepi gantang. Mereka berebut untuk tampil sebagai juara dalam isu pemansuhan AUKU. Apabila dipanggil mesyuarat bersama, seribu satu alasan yang dikemukakan, namun bila beraksi, dia pula yang lantang berhujah dan menyuarakan persepsi mewakili mahasiswa.

    Faktor lain adalah kegagalan gerakan mahasiswa untuk mewujudkan suatu rangkaian sinergi yang baik dengan elemen-elemen masyarakat sivil yang lain termasuklah NGO, media, parti politik dan rakyat marhaen. Kesungguhan mahasiswa untuk bergerak sendiri sememangnya harus dipuji. Namun kebebalan mereka untuk tidak menggunakan kebijaksanaan dalam menerajui gerakan itu yang dikesali. GMMA sememangnya telah mengatur langkah untuk memperkukuh hubungan baik dengan entiti-entiti tersebut. Namun mungkin usaha mereka itu tidak (baca:kurang) berjawab.

    Namun, tidak dinafikan, yang menang dalam pertempuran ini kali adalah sang penguasa. Mereka berjaya menumpulkan cakna mahasiswa terhadap isu-isu nasional. Mereka berjaya menguasai mentaliti mahasiswa agar terus dibelenggu oleh politic of fear. Mereka berjaya mengoptimakan seluruh ruang dan kemampuan yang ada untuk melumpuhkan gerakan mahasiswa. Jangan salahkan mereka kerana memang itulah tanggungjawab mereka sebagai penguasa yang tidak sayangkan masa depan generasi muda mereka.

    Justeru, hari ini, seluruh elemen gerakan mahasiswa perlu duduk semeja. Bermuhasabahlah. AUKU telah berjaya dipinda. Slogan “Mansuhkan AUKU” entah hilang ke mana. Tekad perlu dibulatkan. Semangat perlu disemarakkan. Benar, AUKU bukan segala-galanya. Aktivisme mahasiswa tidak akan sama-sekali terkesan dengan AUKU. Namun, perlu kita ingat bahawa AUKUlah yang selama ini telah menjadi demon yang ditakuti oleh rakan-rakan mahasiswa kita yang lain sehingga mereka terperosok jauh ke dalam kehidupan kampus mereka yang sia-sia.

    "Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all." - Dale Carnegie



    Mohd Faridzul Nasaruddin
    Presiden Ma'ruf Club 08/09
    Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Law


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Gambar Sekitar Program " Fitrah to Fitnah"

    [Barisan komiti program]


    [ abg Fadzli menerima cenderamata yg disampaikan
    oleh Timb 1 Ma'ruf Club,Saudara Zaki Sukery]


    [ wakil brother ]


    [ wakil dari sister bertanyakan soalan]


    [Penonton sangat terhibur]

    [ Abg Fadzli Yusof ]


    [ penonton sedang khusyuk mendengar]



    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • 10 Muwasofat Tarbiyyah Siri Tarbiah

    10 Muwasofat Tarbiyyah

    10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

    Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

    1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

    * Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
    * Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
    * Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

    Pendetailan Ciri:

    1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg maâ'thur

    2. Tidak berhubung dengan Jin

    3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin

    4. Tidak menenung nasib

    5. Tidak mendekati tukang tilik

    6. Tidak mengusap kubur

    7. Tidak meminta bantuan dari simati

    8. Tidak bersumpah dgn selain Allah

    9. Tidak mempercayai adanya sial

    10. Mengikhlaskan amal kerana Allah

    11. Mengimani rukun-rukun Iman

    12. Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat

    13. Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh

    14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

    2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

    * Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
    * Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
    * Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

    Pendetailan Ciri:

    1. Tidak menolak utk azan

    2. Bersuci dgn sempurna

    3. Sangat menghargai solat berjemaah

    4. Sangat suka berjemaah di masjid

    5. Memperbaiki mutu solat

    6. Qiamullail seminggu sekali

    7. Menunaikan zakat

    8. Berpuasa wajib

    9. Berpuasa sunat sehari setiap bulan

    10. Ada niat utk menunaikan haji

    11. Beriltizam dgn adab-adab tilawah

    12. Khusyuk ketka membaca al-Quran

    13. Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran

    14. Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan

    15. Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar

    16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat

    17. Menjauhi dosa-dosa besar

    18. Sentiasa membaca zikir pagi

    19. Sentiasa membaca zikir petang

    20. Mengingati Allah swt pada setiap situasi

    21. Menunaikan Nazar

    22. Menyebarkan Salam

    23. Menahan anggota dari perkara haram

    24. Beri'tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang

    25. Menggunakan sugi/siwak

    26. Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

    3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

    * Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

    · Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

    Pendetailan Ciri:

    1. Tidak takabbur

    2. Mempunyai pendirian

    3. Tidak menipu

    4. Tidak mencaci

    5. Tidak mengadu domba

    6. Tidak mengumpat

    7. Tidak berdusta

    8. Tidak mengejek

    9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan

    10. Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk

    11. Mengasihi orang yg lebih muda

    12. Menghormati orang yg lebih tua

    13. Menunaikan janji

    14. Menundukkan pandangan

    15. Menjaga rahsia

    16. Menutup dosa orang lain

    17. Cemburu terhadap isteri

    18. Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

    4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

    * Walaupun kaya, perlu bekerja.
    * Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
    * Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
    * Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
    * Menjauhi riba dalam semua lapangan.
    * Menyimpan untuk waktu kesempitan.
    * Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
    * Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

    Pendetailan Ciri:

    1. Mejauhi pekerjaaan yang haram

    2. Menjauhi riba

    3. Menjauhi judi

    4. Menjauhi penipuan

    5. Menunaikan zakat

    6. Membuat simpanan walaupun sedikit

    7. Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan

    8. Memelihara harta awam

    9. Memelihara harta peribadi

    5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

    * Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
    * Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
    * Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
    * Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

    Pendetailan Ciri:

    1. Mampu membaca dan menulis dgn baik

    2. Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran

    3. Memelihara hukum-hukum tilawah

    4. Menghafaz setengah dari hadith 40

    5. Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin

    6. Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting

    7. Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga

    8. Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci

    9. Mengetahui hukum-hukum solat

    10. Mengetahui hukum-hukum puasa

    11. Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu

    12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden

    13. Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam

    14. Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng

    15. Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga

    16. Mendengar dengan baik

    17. Mampu memberikan pandangan

    18. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif

    19. Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

    6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

    * Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
    * Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan
    * Pesanan al-Banna:

    Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan

    Pendetailan Ciri:

    1. Bersih tubuh badan

    2. Bersih pakaian

    3. Tempat tinggal yg bersih

    4. Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum

    5. Tidak berjaga malam berlebihan

    6. Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu

    7. Bangun sebelum terbit fajar/subuh

    8. Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan

    9. Meninggalkan tabiat merokok

    10. Menjauhi tempat-tempat kotor

    11. Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

    7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

    Pendetailan Ciri:

    1. Menjauhi perkara-perkara haram

    2. Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan

    3. Meninggalkan tempat-tempat maksiat

    8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

    * Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
    * Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

    Pendetailan Ciri:

    1. Bangun awal

    2. Menggunakan masa tertentu utk belajar

    9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syuunihi)

    * Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
    * Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

    Pendetailan Ciri:

    1. Penampilan yg elok

    2. Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

    10. Berguna untuk orang lain. (Nafiâun li ghairihi)

    * Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
    * Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
    * Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
    * Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

    Pendetailan Ciri:

    1. Menunaikan hak ibu bapa

    2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan

    3. Membantu orang-orang yg memerlukan

    4. Membimbing orang yang sesat

    5. Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Creative Dakwah Workshop


    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Fitrah to Fitnah
    >> Unit Dakwah & Tarbiyah Ma'ruf Club akan menganjurkan satu ceramah yang bertajuk " Lelaki & Perempuan : Fitrah to Fitnah " yang akan disampaikan oleh seorang motivator yang sangat hebat iaitu Dr.Fadzli Yusof.

    >> Perbincangan ini akan mengupas sedikit sebanyak tentang batas-batas perhubungan antara lelaki & perempuan.Kenapa ia membawa kepada fitnah??bagaimana untuk mencegahnya?

    >> Ketahui jawapan-jawapannya dengan menghadirkan diri anda ke program di atas yang mana ia semestinya menjanjikan kepuasan & memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada kita bagaimana untuk mencegah fitrah fitnah ini.Jumpa anda di sana- marufclub

    *
    Kenali siapa Dr. Fadzli disini , juga disini

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • PM: Kaji semula kenaikan tol PM: Kaji semula kenaikan tol

    Perdana menteri meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan mulai 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

    Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet esok yang dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama dari Pattaya, Thailand.

    "Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," beliau dipetik berkata di sela-sela program Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean hari ini.

    Walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuhraya, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang, tambahnya.

    "Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya lagi.

    Tambahnya, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen, 10 Mac ini.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol antara 0.68 sen/km hingga 50 sen melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

    Menurut Bernama lagi, Abdullah berkata sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

    "Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

    Perdana menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

    Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.-malaysiakini

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • CIRI-CIRI PENTING DAIE Siri Tarbiah

    CIRI-CIRI PENTING DAIE

    Firman Allah yang bermaksud:
    “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
    mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
    yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

    1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana
    Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan
    musnah.

    2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan
    itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut
    dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

    3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub
    (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang
    dengan cara yang terbaik.

    4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki
    akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak
    cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada
    rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan
    menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak
    langkah Baginda s.a.w.

    5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia
    berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu
    yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan
    lebih mendalam mad’u yang didakwahnya.

    6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam
    untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai
    bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan
    masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil
    oleh generasi muslimin yang pertama.

    7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam
    kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di
    dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

    8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan
    logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan.
    Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan
    mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan
    meninggalkan kesan.

    Dipetik dari buku Berdakwah kepada Allah (Dakwah Fardiah) tulisan Mustapha Masyhur.

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more
  • Peristiwa Hari Ini: Hari Pembebasan di Kuwait (1991) Adakah anda tahu pada tarikh hari ini (26 Februari) adalah Hari Pembebasan di Kuwait (1991). Pembebasan ini juga adalah berkaitan dengan perang Teluk. Semoga sedikit perkongsian ini dapat menambahkan lagi ilmu kita sebagai mahasiswa.

    Perang Teluk atau Perang Teluk Parsi (2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991) merupakan satu konflik ketenteraan di antara Iraq dengan Pasukan Bersekutu dan 34 buah negara-negara lain yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas perampasan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada Ogos 1990. Meskipun terdapat hampir tiga dozen negara-negara yang bergabung dalam tentera Pasukan Bersekutu, majoriti pasukan tentera disumbangkan oleh Amerika Syarikatdan United Kingdom.

    Serangan ke atas Kuwait oleh pasukan tentera Iraq telah menyebabkan sekatan ekonomi dikenakan oleh beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB, dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom kemudian membuat persediaan untuk berperang. Pengusiran tentera Iraq dari Kuwait bermula pada Januari 1991 dengan kemenangan muktamad dicapai oleh Pasukan Bersekutu, yang telah berjaya mengambil alih Kuwait dan memasuki wilayah Iraq. Pertempuran udara dan darat telah berlaku dalam lingkungan wilayah Iraq, Kuwait dan kawasan sempadan Arab Saudi. Iraq juga telah melancarkan peluru berpandu ke Arab Saudi dan Israel sebagai pembalasan di atas sokongan mereka kepada Pasukan Bersekutu di Kuwait.



    Ikut arah jam dari atas: Pesawat Tentera Udara A.S terbang di atas telaga minyak Kuwait yang terbakar; pasukan British di dalam Operasi Granby; pandangan kamera dari pesawat Lockheed AC-130; Lebuhraya Kematian; Kenderaan tepur jurutera M728

    Tarikh :
    2 Ogos, 1990 – 28 Februari, 1991 (tamat secara rasmi pada 30 November, 1995)
    Tempat :
    Utara Semenanjung Arab
    Hasil :
    Kemenangan Pasukan Bersekutu
    Pengunduran pasukan tentera Iraq dari Kuwait

    Pihak bersengketa
    Bendera Kuwait Kuwait

    Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
    Flag of the United Kingdom United Kingdom
    Bendera Arab Saudi Arab Saudi
    Bendera Bangladesh Bangladesh
    Bendera Mesir Mesir
    Bendera Perancis Perancis
    Bendera Syria Syria
    Bendera Maghribi Morocco
    Bendera Oman Oman
    Bendera Pakistan Pakistan
    Bendera Qatar Qatar
    Bendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu
    Bendera Kanada Kanada
    Bendera Australia Australia
    Bendera New Zealand New Zealand
    Pasukan Tentera Bersekutu lain

    Bendera Iraq Iraq
    Komander
    Bendera Kuwait Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

    Flag of the United States George H. W. Bush
    Flag of the United States Norman Schwarzkopf
    Flag of the United States Colin Powell
    Bendera Arab Saudi Khalid bin Sultan[1][2]
    Flag of the United Kingdom Margaret Thatcher
    Flag of the United Kingdom John Major
    Flag of the United Kingdom Peter de la Billière

    Bendera Iraq Saddam Hussein

    Bendera Iraq Ali Hassan al-Majid

    Kekuatan
    - 959,600[3]
    - 1,820 pesawat pejuang danpenyerang (1,376 A.S, 175 Arab Saudi, 69 British, 42 Perancis, 24 Kanada, 8 Itali)
    - 3,318 kereta kebal(terutamanya M1 Abrams(A.S.),Challenger 1(UK),M60 Patton(A.S.)
    - 8 kapal pengangkut pesawat
    - 2 kapal tempur
    - 20 penjajap
    - 20 pembinasa
    - 5 kapal selam[4]
    - 1,000,000+
    - 649 pesawat pejuang
    4,500 kereta kebal (Type-59, Type-69, & T-55 T-62 buatan Iraq, kira-kira 500 T-72buatan Soviet) [4]
    Korban dan kehilangan
    Tembakan musuh: 181 terbunuh
    719 cedera
    41 ditawan (mangsa rakyat Kuwait tidak diketahui).
    Tembakan sendiri: 44 maut, 57 cedera
    Letupan peluru: 11 maut
    Kemalangan: 145 maut
    20,000-200,000 maut,
    80,000 ditawan,[5]
    75,000 cedera























































    Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/26_Februari

    ~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
    * INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

    more

.::Ahlan Wasahlan::.

.::Ahlan Wasahlan::.

Academic Calendar Sem 1 09/10

Academic Calendar Sem 1 09/10

.:: Organization Chart ::.

.:: Organization Chart ::.

.::MC's Activities::.

.::Followers::.

Lets Join Ma'ruf Club's Yahoo Group

Click to join marufclub_uiam

Click to join marufclub_uiam

Subscribe to marufclub_uiam Yahoo Group
Subscribe to marufclub_uiam